Monday, September 13, 2010


Ekspedisi Sayap

Kg. Sayap terletak dalam daerah Kota Belud, terletak kira-kira 34 km dari Pekan Kota Belud. Lebih kurang 3 km dari Kg. Sayap ada satu tempat yang menarik yang boleh dilawati iaitu Sub-stesen Sayap merupakan Sub stesen Taman Kinabalu terletak pada ketinggian 1000m dari paras laut, dibuka pada tahun 1991, stesen ini lebih kepada penguatkuasaan sempadan taman dan juga sebagai stesen penyelidikan. Stesen Sayap mempunyai 4 orang kakitangan taman yang bertugas di sini. Kalau kita hendak melawat tempat ini saya sediakan sedikit info untuk kita orang yang langsung tidak tahu ni tempat tapi ada hati nak pigi. Dari Pekan koboi, Kota Belud kita akan ikut jalan kudat kemudian jalan ke kem askar dan terus ke sayap. Jangan susah hati kerana ada penunjuk jalan yang disediakan di sepanjang jalan ke tempat ni .... kena melalui jalan gravel bermula di kampung nahaba, yang bolehlah tahan..... kalo pigi sayapkan bawa kereta yang ada umphhhhh, kekuatan tambahan lowgearrrrrr.....dialu-alukan, tapikan yang keci-keci pun boleh jugalah kalau terpaksa dekat kampung Sayap pun aku nampak ari tu ada juga kereta pelanduk tu ...... jalan kaki pun boleh ...... tapi lambat banyaklah baru sampai ... ha... ha... hee.... hee ....! ok gaman .... kenapa sa kaci kau orang tau tempat ni menarik ... banyak sebabnya, kau orang tengok ni gambar sa ambil hari tu .... memang cantik tempat ni .... tambah lagi tempat ni sangat coolllll ..... kalau kau nak rasa bermalam lah kat sana satu malam hooiiii.... esogit kepio boh .... gagaran moti nipon nu.....











Sub-stesen Sayap menyediakan beberapa trail untuk kita orang mengembara dalam hutan. Kalau kita ikut trail tu masuk hutan jangan takut sesat jalan kerana trail tu balik stesen juga. Apa yang menakutkan ialah di trail tu ada kontilanak menghisap darah ... ehhhh... takutnya .... banyak pacatlah .... Selain daripada itu Sub-stesen Sayap juga mempunyai tempat-tempat yang menarik sebagai tempat pelancongan yang boleh dimajukan antaranya ialah Air Terjun Kemantis yang mempunyai ketinggian lebih kurang 15m. Di kawasan ini dapat dilihat pada waktu cerah beberapa spesies kupu-kupu dari famili Papilionidae dan pieridae yang banyak berterbangan termasuklah spesies TROGONOPTERA BROOKIANA.
















1 comment:

  1. Ada cerita pasal perempuan yang mati lemas bersama askar British tahun 1960 di jambatan Tamparuli? Perempuan itu asal kg Sayap KB.

    ReplyDelete