Tuesday, March 30, 2010

Beruk atau ..... ?


Saintis terkenal Darwin, mendakwa bahawa manusia berevolusi daripada beruk, dan beruk adalah moyang manusia … kau orang percaya kah…tak masuk akal langsung kan…. kan… siapa diantara kita yang bermoyangkan beruk besar …. Jika kita berasal daripada beruk, bermakna kita ini adalah binatang yang telah sangat maju".

Jangan lupa satu hal bahawa Allah telah menjadikan manusia dengan begitu sempurna dibandingkan dengan hidupan lain, manusia merupakan satu-satunya makhluk yang sangat sempurna. Allahlah yang telah memberikan semua sifat-sifat ini kepada manusia. Saya tidak tahu Sama ada beruk atau makhluk-makhluk lain dapat bercakap, berfikir atau membuat keputusan sepertimana yang kita manusia lakukan.
Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia mempunyai jiwa dan beruk tidak. Manusia mempunyai kesedaran berfikir serta membuat keputusan dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai sifat unik ini. Untuk menjadi manusia, beruk perlu melalui banyak perubahan fizikal dan perlu mempunyai keupayaan lain daripada manusia. Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan Dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan seperti ini. Manusia adalah manusia dari mula ia dijadikan. Tidak ada makhluk menjadi moyang kepada makhluk yang lain. Allah adalah Pencipta kepada manusia dan semua hidupan .......