Monday, February 27, 2012

Buatlah Pilihan



Syukur kepada Tuhan kerana kita diberikan ruang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Hampir setiap minggu saya melihat dan melewati pelbagai perkara asam garam kehidupan, terlalu banyak yang mengecewakan, terlalu banyak yang susah, yang payah, yang negatif…. ! Amat mengecewakan saya… terutama sekali golongan muda kita dewasa ini begitu banyak yang terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik, untuk kesihatan dan juga masa depan. Saya hanya mampu mengharap dan berdoa kepada Tuhan serta memberikan nasihat dan jalan keluar untuk menuju penyelesaian itu pun tidak seberapa kerana saya sedar siapalah saya untuk memberikan nasihat, hanya sebagai kawan dan teman biasa yang mampu mengharap. Jika anda orang yang menghadapi masalah tersebut, terlibat dengan kegiatan yang tidak memberikan faedah serta kebaikan kepada diri dan keluarga serta masyarakat (menagih dadah, ketagihan arak, rokok dan banyak lagi), kenapa tidak mahu berusaha mencari jalan keluar, keadaan akan tetap sama dan tidak akan mengubah apa-apa.
Ya.....! Memanglah payah, Nak uruskan apa juga perkara, perlu ada kesungguhan dan ketekunan serta semangat untuk melakukan sesuatu perkara janganlah ala-kadar tetapi dengan hati dan kesungguhan. Bayangkanlah sekiranya kita sedang mendaki tangga untuk naik keatas, pastilah sesuatu yang mustahil kita boleh berada pada tangga yang ke-5, tanpa kita memijak tangga yang pertama, maksudnya kita perlu naik keatas mulai dengan tangga yang pertama. Demikian juga dengan kehidupan kita, untuk mencapai sesuatu kita perlulah melakukan sesuatu bermula dari bawa, hanya perlu ikhtiar dan usaha. Tidak ada perkara yang senang dalam dunia ini. Nak makan, merupakan perkara yang sangat mudah yang kita lakukan setiap hari pun akan jadi payah kalau tak nak usaha. Kita letak makanan diatas meja depan kita, lihat dan duduk diam saja, bolehkah anda kenyang? Nak kena ikhtiar cuci tangan atau ambil sudu, baru suapkan ke mulut, kunyah-kunyah kemudian telan… haaa, itu barulah namanya makan....!, semuanya perlukan usaha dan ikhtiar. Kenapa terlalu malas nak usaha dan ikhtiar untuk diri anda sendiri?? Ya!! Untuk diri anda sendiri, bukan untuk saya atau untuk orang lain...... Untuk diri sendiri...... gaman......!



Begitulah seperti tajuk tulisan saya ini, Buatlah pilihan kerana ditangan anda terletak pilihan itu. Jika anda nak keluar dari hidup lama anda yang tak memberikan faedah, manafaat kepada hidup anda keluarga dan masyarakat, anda boleh keluar dan usahakanlah agar hidup anda lebih baik dan memberikan manafaat kepada bangsa dan negara. Jika anda berhasrat untuk keluar tapi tidak ada usaha, takkan ada orang lain yang boleh tolong usahakan untuk anda. Saya tak percaya cakap orang mengatakan,..... bahawa saya memang tak boleh buat ini dan itu kerana dari dulu saya sudah memang begini .... tapi belum pun pernah ada usaha dan ikhtiar dengan sungguh-sungguh. Itu namanya mengalah sebelum berlawan... tak keterlaluan kalau sayakan bahawa orang seperti itu namanya pengecut.... Penakut..... ! Secara mudahnya, segalanya bermula dari diri anda. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan kita sehingga kita mengubah keadaan diri kita sendiri, tapi Jika kita yakin dengan setiap tindakan yang kita lakukan pasti kita mampu berjaya. Sayangilah diri anda lebih daripada menyayangi orang lain. Tolooongg lah!! Saya hanya mampu memberikan saran ini tapi... anda yang sebenarnya berhak menentukan pilihan ....! Tapi ingatlah sesungguhnya Hari ini adalah hari yang baik untuk anda dan saya membuat pilihan........ Cayalah..!