Monday, February 27, 2012

Buatlah Pilihan



Syukur kepada Tuhan kerana kita diberikan ruang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Hampir setiap minggu saya melihat dan melewati pelbagai perkara asam garam kehidupan, terlalu banyak yang mengecewakan, terlalu banyak yang susah, yang payah, yang negatif…. ! Amat mengecewakan saya… terutama sekali golongan muda kita dewasa ini begitu banyak yang terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik, untuk kesihatan dan juga masa depan. Saya hanya mampu mengharap dan berdoa kepada Tuhan serta memberikan nasihat dan jalan keluar untuk menuju penyelesaian itu pun tidak seberapa kerana saya sedar siapalah saya untuk memberikan nasihat, hanya sebagai kawan dan teman biasa yang mampu mengharap. Jika anda orang yang menghadapi masalah tersebut, terlibat dengan kegiatan yang tidak memberikan faedah serta kebaikan kepada diri dan keluarga serta masyarakat (menagih dadah, ketagihan arak, rokok dan banyak lagi), kenapa tidak mahu berusaha mencari jalan keluar, keadaan akan tetap sama dan tidak akan mengubah apa-apa.
Ya.....! Memanglah payah, Nak uruskan apa juga perkara, perlu ada kesungguhan dan ketekunan serta semangat untuk melakukan sesuatu perkara janganlah ala-kadar tetapi dengan hati dan kesungguhan. Bayangkanlah sekiranya kita sedang mendaki tangga untuk naik keatas, pastilah sesuatu yang mustahil kita boleh berada pada tangga yang ke-5, tanpa kita memijak tangga yang pertama, maksudnya kita perlu naik keatas mulai dengan tangga yang pertama. Demikian juga dengan kehidupan kita, untuk mencapai sesuatu kita perlulah melakukan sesuatu bermula dari bawa, hanya perlu ikhtiar dan usaha. Tidak ada perkara yang senang dalam dunia ini. Nak makan, merupakan perkara yang sangat mudah yang kita lakukan setiap hari pun akan jadi payah kalau tak nak usaha. Kita letak makanan diatas meja depan kita, lihat dan duduk diam saja, bolehkah anda kenyang? Nak kena ikhtiar cuci tangan atau ambil sudu, baru suapkan ke mulut, kunyah-kunyah kemudian telan… haaa, itu barulah namanya makan....!, semuanya perlukan usaha dan ikhtiar. Kenapa terlalu malas nak usaha dan ikhtiar untuk diri anda sendiri?? Ya!! Untuk diri anda sendiri, bukan untuk saya atau untuk orang lain...... Untuk diri sendiri...... gaman......!



Begitulah seperti tajuk tulisan saya ini, Buatlah pilihan kerana ditangan anda terletak pilihan itu. Jika anda nak keluar dari hidup lama anda yang tak memberikan faedah, manafaat kepada hidup anda keluarga dan masyarakat, anda boleh keluar dan usahakanlah agar hidup anda lebih baik dan memberikan manafaat kepada bangsa dan negara. Jika anda berhasrat untuk keluar tapi tidak ada usaha, takkan ada orang lain yang boleh tolong usahakan untuk anda. Saya tak percaya cakap orang mengatakan,..... bahawa saya memang tak boleh buat ini dan itu kerana dari dulu saya sudah memang begini .... tapi belum pun pernah ada usaha dan ikhtiar dengan sungguh-sungguh. Itu namanya mengalah sebelum berlawan... tak keterlaluan kalau sayakan bahawa orang seperti itu namanya pengecut.... Penakut..... ! Secara mudahnya, segalanya bermula dari diri anda. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan kita sehingga kita mengubah keadaan diri kita sendiri, tapi Jika kita yakin dengan setiap tindakan yang kita lakukan pasti kita mampu berjaya. Sayangilah diri anda lebih daripada menyayangi orang lain. Tolooongg lah!! Saya hanya mampu memberikan saran ini tapi... anda yang sebenarnya berhak menentukan pilihan ....! Tapi ingatlah sesungguhnya Hari ini adalah hari yang baik untuk anda dan saya membuat pilihan........ Cayalah..!

Monday, December 26, 2011

...... Selamat Tahun Baru 2012....


Masa begitu pantas berlalu, Hari demi hari, bulan demi bulan kita kini berada dihujung tahun , rasanya baru beberapa hari kita lalui bulan Januari tahun 2011, tapi rupa-rupanya kita sebentar lagi akan menyambut tahun baru iaitu tahun 2012…… Tahun lalu telah membawa begitu banyak cerita suka, duka menjadi warna nyata seterusnya menjadi kenangan yang abadi, tapi dengan berjalannya waktu, setiap pengalaman adalah pelajaran yang baik, sebagai guru yang sentiasa mengajar, memberi motivasi kekuatan dalam kita menjalani tahun baru yang tidak pasti apa kesudahannya...... Marilah kita melihat kehidupan kita setiap hari bukan hanya di akhir tahun. Hari ini tahun baru sedang menyambut kita, saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kesuksesan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan kesungguhan... Jangan sia-siakan waktu sebelum terlambat. Tidak ada gunanya kita merayakan pergantian waktu jika itu berarti kita merayakan hal-hal kurang baik yang kita lakukan di masa lalu.


Apa sebenarnya tahun baru ini .... ? Tahun baru adalah dimana kita beralih pada tahun berikutnya. Cuma, tak hanya sampai disitu pemahamannya, karena masih banyak maksud atau mungkin pahaman yang lain. Bagi aku tahun baru merupakan satu proses dimana kita melihat diri kita dan belajar dari masa lalu atau masa-masa yang telah kita lalui di tahun sebelumnya untuk siap melangkah ke lembaran baru yang sedang menanti, dengan yang demikian Kita menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini dan hari kemarin...


Teman, Aku ingin ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang mengunjungi blog ini, sebentar lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2012, pastinya banyak orang yang ingin sekali mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada, rekan kerja atau teman yang teristemewa juga keluarga dan yang lainnya, dan pastinya juga tidak sedikit orang yang bingung ucapan tahun baru bagaimana yang bagus untuk disampaikan kepada mereka ini. Dulu biasanya ucapan selamat tahun baru kita sampaikan melalui kad tetapi sekarang ini dengan peralatan yang cangih - cangih kita bolehlah sampaikan ucapan kita melalui sms atau Facebook ....!



Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin juga berharap keluarga anda selalu selamat dan bahagia menjalani tahun yang baru .... Selamat Tahun Baru ....... Kepisanangan do Toun Wagu ..... Happy New Year 2012 .........!

Thursday, December 1, 2011

Mari kita tanam padi / Parai

Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan juga merupakan makanan utama hampir semua orang yang tinggal di dunia. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah dan padi Bukit. Kita orang sabah khususnya di dearah Kota Belud, Kota Merudu dan Ranau mengamalkan penanaman padi sawah dan padi bukit. Dikatakan bahawa tanaman Padi sawah mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan tanaman padi bukit, walauapapun kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan kerana apabila kita ingin menanam padi sawah apa yang sangat penting adalah mempunyai bekalan air yang mencukupi sementara itu pula kalau padi bukit tau-tau aje dehhh …. Bukit tentulah tidak rataaaaaaaa…... Padi Bukit merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi bukit tidak memerlukan air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung. Padi sawah kalau di Sabah banyak ditanam terutamanya di bahagian Kota Belud, Ranau, Kota Merudu dan Papar. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan tanah rendah yang berpaya dan datar.


Pernahkah anda berfikir - sekiranyalah negara lain yang sekian lamanya menjadi pembekal beras kepada negara kita, tidak lagi mengeskport beras ke negara kita, apa akan jadi...! Pernahkah kita memikirkan keadaan itu sekiranya akan berlaku dalam negara kita.... ?. Jadi mari... mari .... mari ... siapa yang ada tanah tu walau tidak seluas mana ... mari kita sama-sama menanam padi untuk kebaikan kita sendiri ... selain untuk mengeluarkan peluh dapat jugalah hasilnya dan kurangkan perbelanjaan kita untuk beli beras ........ Mariiiiiii... kita berbudi kepada tanah ..... !!!!!!.






Padi yang sedang bertumbuh memerlukan penjagaan seperti membuang rumput dan kalau perlu tu bagilah baja.

Lihatlah sendiri padi yang kami sekeluarga tanam ..... kelihatan juga dekat sana tu anak gue sedang tolong buang rumput bersama mamanya.... Biasanya apabila padi sudah berbuah pembuangan rumput tidak berapa diutamakan tetapi yang sangat penting adalah menjaga padi daripada gangguan burung seperti burung pipit .. sebab itu kalau di kampung Kiau waktu musim menghalau burung seseorang itu akan turun ke ladang padi pada waktu awal pagi untuk tujuan menghalau burung pipit, biasanya burung akan mencari makan pada awal pagi lagi .........!


Padi yang sudah matang dan siap untuk dikumpulkan (ketam)




Inilah keadaan batang padi atau jerami selepas buahnya sudah diambil atau dikumpulkan(siap mengetam)..




Di kampung gue .... inilah peralatan yang biasanya digunakan sebagai pengetam padi dipanggil sebagai langgaman yang mana ia diperbuat daripada kayu dan besi kecil dengan rupa bentuk yang pelbagai ....... Seronok juga tau ........ tanam padi ini ..... Aku yang mula-mula tanam padi nipun boleh kah tidak ni .......tapi sebab ada hati dan keinginan tidak salah kalau mencuba dan syukur kerana berjaya juga hingga lah dapat hasilnya. Ini semua kerana kesedaran bahawa kalau orang lain boleh aku juga tentu boleh. Kitakan sama - sama punya kaki dua tangan dua mata dua dan segala-galanya sama tiada lebih dan tidak kurang......... macamana .... !!!!!.

Tuesday, September 6, 2011

SK Kiau 1, Kota Belud


Siapa di antara kita yang pernah belajar di Sk Kiau, kau orang masih ingat lagi kah bangunan sekolah yang lama tu.... satu bangunan dengan tiga buah bilik di bahagi 6 kelas dengan satu bilik tu di pasangkan tabir daripada kain di tengah-tengah sebagai dinding untuk jadi pembahagi bilik darjah 1 dan 2 ... kesihan betullah......! aku rasa masa tu segalanya serba-serbi kekurangan, tapi nak buat macam mana masa tu kita orang masih kanak-kanak yang tidak tau apa-apa nak datang sekolah hanya untuk jumpa kawan-kawan dan tau bermain .... syok ... nyaaaa.... masa tu kan... kannnn..... kalaulah aku dapat kembali lagi ke zaman kanak-kanak ... huhhhh..... tak taulah aku nak buat apa tapi semua itu hanya jadi kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan .... Wahhh ....! itu cerita dulu sekarang kalau kita yang udah lama tidak pulang Kiau dan sudah lama tinggal menetap di tempat orang tu kau orang pasti tidak tau begitu banyak perubahan pembangunan di sini kiau. Keadaan dulu dan sekarang banyak udah berubah kata pepatah sekali air bah melanda tepian sungai semuanya pasti akan berubah, demikian jugalah dengan keadaan sekolah Sk Kiau ini, telah mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Sk Kiau sekarang tidak macam dulu lagi bangunannya pun udah berubah. Walaupun bangunan sekolah lama tu masih ada tapi udah diubahsuai. Bangunan tu kadang-kadang dijadikan sebagai dewan perhimpunan atau kegunaan lain apabila ada aktiviti sekolah yang memerlukan ruangan yang luas. Apa kah anda pernah mendengar sejarah penubuhan sekolah kiau ni. Menurut cerita yang aku dengar mengenai penubuhan sekolah ini, sejarah penubuhannya agak menarik juga untuk dikongsi bersama khususnya golongan muda yang memang tidak tau sejarahnya, bagaimana sekolah ini bermula dan penamaan sekolah ini... kan....kan....


Latar belakang SK Kiau 1.


Sekolah kebangsaan Kiau 1, merupakan sekolah pedalaman di dalam dearah Kota Belud. Ianya terletak lebih kurang 70km dari pekan Kota Belud. Sekolah ini terletak di pertengahan antara tiga buah kampung iaitu Kampung Kiau Teburi, Kampung Kiau Bersatu dan Kiau Nuluh. Ketiga-tiga kampung ini berada dibawah pentadbiran Pejabat Daerah kota Belud. Keinginan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan secara formal dikawasan ini mula dirasai apabila timbulnya kesedaran dikalangan beberapa pemimpin masyarakat yang mewakili tiga buah kampung tadi. Kumpulan pemimpin ini telah mengadakan perbincangan dengan penduduk diketiga-tiga buah kampung bagi menjelaskan cadangan untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah di kampung ini. Penduduk diketiga-tiga kampung telah bersetuju dan mengadakan gotong royong untuk memulakan pembinaan membuat bangunan sekolah tersebut. Bangunan sekolah yang telah dibuat ini diperbuat daripada kayu bulat, atap rumbia dan berlantaikan buluh didirikan ditengah-tengah ketiga-tiga buah kampung berhampiran dengan sungai kedamian dikaki gunung Kinabalu...... Bangunan ini mula dibina pada tahun 1950-an dan siap pada bulan mei tahun 1960. Sekolah yang baru dibina ini telah dikenali sebagai Native Voluntear School Kiau II. Guru besar yang pertama bertugas disekolah ini dengan bilangan murid seramai 46 orang adalah En. Medi Abdul Rahman.



Menurut sumber yang aku terima mengenai sejarah penubuhan sekolah ini, disebabkan Faktor perhubungan jalan ke sekolah ini yang agak jauh oleh para pelajar dari kiau I, dan terpaksa pula berulang alik setiap hari ke sekolah , masyarakat kampung di kiau I, khususnya ibu bapa telah mengemukakan permohonan untuk pembinaan sekolah baru dan ditempatkan diKampung kiau I, ke Jabatan Pelajaran Sabah. Permohonan tersebut telah diluluskan dan pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan. bangunan ini siap dibina pada 16 Ogos 1961 dan dikenali sebagai Native Voluntaer School Kiau 1, Kota Belud. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah tersebut ialah En. Shafie bin Timbalun.... Pada tahun 1962, Kerajaan mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran kedua-dua sekolah tersebut dan namanya pun diganti dengan nama Govermont Primary School Kiau I, Kota Belud dan Goverment Primary School Kiau II, Kota Belud. Sejak dari itu kerajaan mulai menyalurkan pelbagi bantuan dan kemudahan untuk keperluan guru-guru dan pelajar yang belajar di sekolah berkenaan.



Kalau aku tidak salahlah kata sumber cerita ini..... Pada tahun 1966 Kerajaan meluluskan peruntukan untuk membina bangunan baru berukuran 20 x 90 kaki persegi di tempat yang sama. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah untuk menampung kelas dari darjah satu hingglah darjah enam. Pada tahun 1967 pengarah Pelajaran Sabah mengarahkan supaya kedua-dua sekolah berkenanan digabungkan untuk memudahkan pengurusan pentadbirannya. Penggabungan ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kampung dengan menggunakan bangunan yang baru siap dibina di tapak sekolah Goverment Primary School Kiau II, Kota Belud dengan menggunakan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Kiau I, Kota Belud sehingga sekarang. Penggabungan kedua-dua sekolah tersebut menyebabkan bangunan sekolah di kampung Kiau I, dihentikan operasinya. Setelah selasai penggabungan kedua-dua sekolah berkenaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kiau I, Kota Belud yang pertama ialah En. Medi Abdul Rahman.



Istemewanya Sekolah Sk Kiau I, ini adalah walaupun sekolah ini terletak di Pedalaman, namun ia menunjukkan peningkatan dalam pelbagai aspek seperti sekolah-sekolah lain. Kini Sekolah ini berubah wajah, bermula dengan pelajar seramai 46 orang kini mempunyai jumlah purata pelajar 250 orang setiap tahun iaitu merupakan antara sekolah yang mempunyai pelajar yang terbanyak diantara sekolah-sekolah pedalaman di kawasan kota Belud khususnya .... Dari segi pencapaian akademik pula, sekolah ini pernah mencatat pencapaian yang agak memberansangkan dalam peperiksaan UPSR kerana ada beberapa pelajar pernah menyumbangkan keputusan 5A di peringkat Daerah Kota Belud.



Sejak penubuhan sekolah ini telah melahirkan ramai graduan yang mendapat kelulusan di peringkat ijazah dan Diploma sama ada didalam dan luar negara. Sementara itu bekas-bekas pelajar yang telah berjaya bergabung tenaga untuk menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Kiau I, dan telah berdaftar dengan pertubuhan ROS dan begitu giat dalam menyalurkan sumbangan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti seperti seminar dan motivasi kepada pelajar dan Ibu bapa serta memberikan sumbangan berupa penghargaan kepada pelajar cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR.



Apa yang menjadi harapan kita orang sebagai penduduk diketiga-tiga buah kampung ini adalah guru-guru yang diberikan tanggungjawab bertugas di Sekolah Kebangsaan Kiau I, akan terus gigih dan tidak jemu-jemu mendidik serta melahirkan insan yang benar-benar berwibawa berintelek, berpengatahuan, berketrampilan serta mempunyai akhlak terpuji yang dapat memenuhi keperluan serta juga menjadi kebanggaan keluarga tercinta.



Sunday, September 4, 2011

Lumrah kehidupan
Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata beringatlah sebelum kena, kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, oleh yang demikian fikir-fikirkanlah ..... Sering kali kita tidak sedar bahawa sikap kita sering mengaku bahawa apa pun yang kita miliki adalah hasil dari usaha kita sendiri, titik peluh kita....... Fikir-fikir ada juga benarnyakan tapi fikir dua kali baru kita sedar bahawa semuanya adalah hanya kerana pertolonganNya. Benarlah, juga bahawa kita harus berusaha untuk mencapai sesuatu yang menjadi idaman hidup kita. Sesungguhnya usaha merupakan tangga-tangga yang membawa kita menuju kepada suatu kejayaan dan kejayaan itu pasti dalam genggaman kita apabila usaha itu disertai dengan pengorbanan masa serta tenaga .... ehmmmm..... ! Melalui kisah dibawah ini, Mari kita ambil suatu pelajaran sebagai pedoman hidup dalam kita melalui badai kehidupan yang semakin mencabar, dengan keperluan hidup yang semakin meningkat, perbelanjaan yang semakin besar mengikut arus perubahan dunia ....... sesungguhnya tidak ada lagi perkara yang mudah didunia oleh yang demikian melalui kisah ini kita sedar bahawa sesungguhnya orang yang mempunyai usaha yang gigih, tanpa mengenal erti gagal sekali bukan bererti gagal selamanya pasti akan mencapai kejayaan .......

Wednesday, August 10, 2011

Perjalanan yang jauh
Kata orang banyak perjalanan luas pandangan banyak pengalaman.... benar ngak tu ..... rasanya ada juga benarnya, dalam perjalanan hidup gue ada begitu banyak yang gue dapat , nampak, rasa telah memberi pengajaran dan antara lainnya gue paparkan disini sebahagian kecil berdasarkan papan tanda khususnya, yang gue rasa ada tarikan tersendiri dan boleh membuka minda kita semasa membuat sesuatu perkara, walaupun gambar yang gue ambil tak ada kualiti tapi yang pasti hati gue sangat puas....... ! gue pakai kamera tuiiii ajeeee nii ambil gambar ............. sebagai tontonan mata bersamalah kannnn...... iya - iyalah....
Ini papan tanda yang memang cantik ... ada klasssss... memang cun , dekat gunung yang banyak emas di Sabah..... tu hahhh ... dekat tambunan... pa macam...
Papan tanda ni pula hendak menunjukkan bahawa sapa-sapa yang tak tau jalan pigi klinik ini tandanya. Biasanya orang yang ehemmm..... aje pigi sinikan...... faham-faham aje lah .....





Larangan jangan merokok ..... ! Merokok merbahaya kepada kesihatan baik mereka yang merokok maupun mereka yang tidak merokok......., aieeeee macamana pula mengganggu kepada orang yang tidak merokok, kenyataan ini tidak dapat kita nafikan. Kebiasaan merokok bukan saja merugikan dan merbahaya kepada siperokok, tetapi juga bagi orang disekitarnya kerana asap rokok yang dihembuskan akan terhidu pula dengan hidung orang lain. Bahaya merokok terhadap kesehatan tubuh telah diteliti dan dibuktikan oleh banyak orang. Banyak penelitian membuktikan bahwa kebiasaan merokok meningkatkan risiko timbulnya berbagai penyakit. Ada pepatah kita mengatakan bahawa Lebih baik menghindari daripada mengubati. .... Gue heran larangan merokok ini ditulis dikulit kotak rokok oleh kerajaan tapi tak taulah macamana kerajaan kita ni kan...kan.... Pernah sekali saya mendengar orang mengatakan bahawa lebih baik kita beli makanan atau sedekahkan kepada orang miskin/ peminta sedekah wang yang kita gunakan untuk beli rokok, ada juga faedahnya, berkatnya daripada membeli sekotak rokok yang tidak membuatkan perut kita kenyang, ia hanya pembaziran, adapun balik-balik asap saja yang keluar.... Tapi nii...lah kata orang merokok itu sebahagian daripada gaya..... benar tidaknya terserah kepada individu itu sendiri untuk menilainya. tapi bagi aku itu sebahagian daripada gaya hidup yang kurang sihat dari seseorang. Merokok itu apa sebenarnya keistemewaannya sehingga ada orang mengatakan sanggup tidak makan nasi sehari daripada tidak merokok sebatang.... Begitu besar pengaruh rokok dalam kehidupan kita .... Sebenarnya kita boleh mengatakan Nyah kau Rokok seperti dalam papan tanda tu kan, aku tidak memerlukan engkau ...... jadi gue pulangkan kepada kita menilai baik buruknya merokok. Kalau merokok itu punya kebaikan kenapa tidak kita terus merokokkan....kan...... kita jua yang rugi........ ! nanti hilang gayaaaaa... !. Berdiri megah di puncak Kinabalu tidak mengenal erti panas, sejuk bahkan beku sekali pun namun sainboard ini tetap disana sebagai peringatan kepada semua bahawa nama yang tertulis sebagai Gunting Lagadan merupakan malim petama yang membawa pelancong mat salleh mendaki gunung ini. Apa pula notis ni ...... lain dari yang lain ...... pelik tapi benar , Tapi inilah notis syaitan perlu anda baca kerana semua yang tertulis ni merupakan satu peringatan supaya bersikap jujur .........! kalau andalah pelaku seperti yang tertulis di sana tu... jaga-jaga... andalah teman dan kawan kepada si dia yang bertanduk tu.... hee... hehee.....

Sering kali kita mendengar cerita ataupun perumpamaan tentang buaya seperti Jangan sangka air tenang tiada buaya.... Ada orang memanggil buaya pencen, Buaya tembaga dan lain lain lagi. Buaya adalah nama panggilan yang disamakan sebagai seorang lelaki yang kalau boleh semua mau di nggappppp..... kan... kan.... ehwahhhhh.........! biasalah kan .... yang ni sungai buaya tapi yang buat aku terbelalak mata melihat papan tanda ni ialah sungai buaya pondan adakah.... kat mana ye...! buaya pondan .... aku melihat papan tanda ni sambil tersengih- sengih..... macamana kau orang dapat idea buat sainboard kelakar ni...... bijak....... bijak .... bijak..... kau orang pernah nampakkah semua buaya ini sampai kata ada buaya pondan ...! lagi satu tu buaya darat ... boleh idupkah buaya didarat.... atau jangan-jangan engkau tu yang buaya darat... hooiiii dalam maksudnya tukan..... Jangan sampai buaya-buaya tu tahu yang kau orang panggil mereka buaya pondan, buaya darat pulak ..... Kata orang buaya tu sangat sensetifkan .... karang buaya tu marah ngapppp .... baru tau ....!


Ini papan tanda penunjuk arah jalan ke Sk Kiau, Kota Belud, lebih kurang 13 kilometer ke Taman Kinabalu, Kundasang dan 5 kilometer dari jalan besar kk - Ranau. Sk Kiau merupakan salah satu Sekolah luar bandar yang mempunyai rekod sangat cemerlang.......
Ini papantanda Prasekolah sk Kiau, tempat budak-budak belajar mempunyai kawasan yang cantikkkk dan menarik, sememangnya persekitaran yang bersih dan terjaga akan membuatkan anak-anak atau pelajar dapat belajar dengan nyaman dan tenang. ........,
Kawasan Prasekolah... kelihatan sebahagian ibubapa sedang berehat selepas penat bergotong royong membersihkan serta melakukan apa yang sepatutnya.... he... hee .. he....





Inilah satu slogan yang Perdana menteri kita laungkan, Satu Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan inilah juga harapan besar sekalian rakyat malaysia harapkan untuk kerajaan kita laksanakan dalam kita mencapai wawasan Malaysia menjelang 2020.
Taman Marin Tun Sakaran
Taman Marin Tun sakaran , Semporna merangkumi kawasan seluas 32, 452 ha, telah diwartakan sebagai kawasan Taman pada Julai 2004. Nama Taman Tun Sakaran diambil merujuk kepada nama bekas tuan Yang terutama negeri Sabah Tun Sakaran Dandai yang menjadi nama keseluruhan kepada kawasan taman yang merangkumi 6 buah Pulau iaitu, Pulau Bod Gaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Sibuan, Pulau Sabangkat dan Pulau Maiga. Pulau-pulau ini mengandungi pelbagai habitat bawah air dengan kepelbagaian dari segi ikan, terumbu karang, siput laut dan kerang. Kepelbagaian hidupan laut yang tinggi dikawasan ini adalah kerana ianya terletak dalam lingkungan atau gugusan di mana wujudnya kepelbagaian terumbu karang yang tinggi sekali. Selain daripada hidupan merinnya, Taman Tun Sakaran, Semporna juga unik dengan vegetasi pulau. Ketinggian puncak bukit mencapai lebih kurang 300m dari paras laut, terbentuk daripada batu kapur khususnya Pulau BodGaya dan Pulau Bohey Dulang. Pesisir pantai dan kawasan puncak bukit mempunyai ekologi hutan yang berbeza. Taman Marin Tun sakaran membangun mengikut peredaran masa.
Kawasan perumahan kakitangan Taman


Jeti
Pejabat taman marin


Bukit Bohey Dulang


Rumah polis
Batu besar di tengah laut dekat Bod Gaya ini kelihatannya macam menyerupai sesuatu ... tapi apa yaa......!


Ini pemandangan diatas bukit ...... cantik tak .... ! Itu bukit dalam gambar tu di sebahagian dari Bod Gaya .....


Ekspedisi Saintifik yang pernah aku ikut disana........ seronok juga tau ...