Tuesday, September 6, 2011

SK Kiau 1, Kota Belud


Siapa di antara kita yang pernah belajar di Sk Kiau, kau orang masih ingat lagi kah bangunan sekolah yang lama tu.... satu bangunan dengan tiga buah bilik di bahagi 6 kelas dengan satu bilik tu di pasangkan tabir daripada kain di tengah-tengah sebagai dinding untuk jadi pembahagi bilik darjah 1 dan 2 ... kesihan betullah......! aku rasa masa tu segalanya serba-serbi kekurangan, tapi nak buat macam mana masa tu kita orang masih kanak-kanak yang tidak tau apa-apa nak datang sekolah hanya untuk jumpa kawan-kawan dan tau bermain .... syok ... nyaaaa.... masa tu kan... kannnn..... kalaulah aku dapat kembali lagi ke zaman kanak-kanak ... huhhhh..... tak taulah aku nak buat apa tapi semua itu hanya jadi kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan .... Wahhh ....! itu cerita dulu sekarang kalau kita yang udah lama tidak pulang Kiau dan sudah lama tinggal menetap di tempat orang tu kau orang pasti tidak tau begitu banyak perubahan pembangunan di sini kiau. Keadaan dulu dan sekarang banyak udah berubah kata pepatah sekali air bah melanda tepian sungai semuanya pasti akan berubah, demikian jugalah dengan keadaan sekolah Sk Kiau ini, telah mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Sk Kiau sekarang tidak macam dulu lagi bangunannya pun udah berubah. Walaupun bangunan sekolah lama tu masih ada tapi udah diubahsuai. Bangunan tu kadang-kadang dijadikan sebagai dewan perhimpunan atau kegunaan lain apabila ada aktiviti sekolah yang memerlukan ruangan yang luas. Apa kah anda pernah mendengar sejarah penubuhan sekolah kiau ni. Menurut cerita yang aku dengar mengenai penubuhan sekolah ini, sejarah penubuhannya agak menarik juga untuk dikongsi bersama khususnya golongan muda yang memang tidak tau sejarahnya, bagaimana sekolah ini bermula dan penamaan sekolah ini... kan....kan....


Latar belakang SK Kiau 1.


Sekolah kebangsaan Kiau 1, merupakan sekolah pedalaman di dalam dearah Kota Belud. Ianya terletak lebih kurang 70km dari pekan Kota Belud. Sekolah ini terletak di pertengahan antara tiga buah kampung iaitu Kampung Kiau Teburi, Kampung Kiau Bersatu dan Kiau Nuluh. Ketiga-tiga kampung ini berada dibawah pentadbiran Pejabat Daerah kota Belud. Keinginan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan secara formal dikawasan ini mula dirasai apabila timbulnya kesedaran dikalangan beberapa pemimpin masyarakat yang mewakili tiga buah kampung tadi. Kumpulan pemimpin ini telah mengadakan perbincangan dengan penduduk diketiga-tiga buah kampung bagi menjelaskan cadangan untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah di kampung ini. Penduduk diketiga-tiga kampung telah bersetuju dan mengadakan gotong royong untuk memulakan pembinaan membuat bangunan sekolah tersebut. Bangunan sekolah yang telah dibuat ini diperbuat daripada kayu bulat, atap rumbia dan berlantaikan buluh didirikan ditengah-tengah ketiga-tiga buah kampung berhampiran dengan sungai kedamian dikaki gunung Kinabalu...... Bangunan ini mula dibina pada tahun 1950-an dan siap pada bulan mei tahun 1960. Sekolah yang baru dibina ini telah dikenali sebagai Native Voluntear School Kiau II. Guru besar yang pertama bertugas disekolah ini dengan bilangan murid seramai 46 orang adalah En. Medi Abdul Rahman.



Menurut sumber yang aku terima mengenai sejarah penubuhan sekolah ini, disebabkan Faktor perhubungan jalan ke sekolah ini yang agak jauh oleh para pelajar dari kiau I, dan terpaksa pula berulang alik setiap hari ke sekolah , masyarakat kampung di kiau I, khususnya ibu bapa telah mengemukakan permohonan untuk pembinaan sekolah baru dan ditempatkan diKampung kiau I, ke Jabatan Pelajaran Sabah. Permohonan tersebut telah diluluskan dan pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan. bangunan ini siap dibina pada 16 Ogos 1961 dan dikenali sebagai Native Voluntaer School Kiau 1, Kota Belud. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah tersebut ialah En. Shafie bin Timbalun.... Pada tahun 1962, Kerajaan mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran kedua-dua sekolah tersebut dan namanya pun diganti dengan nama Govermont Primary School Kiau I, Kota Belud dan Goverment Primary School Kiau II, Kota Belud. Sejak dari itu kerajaan mulai menyalurkan pelbagi bantuan dan kemudahan untuk keperluan guru-guru dan pelajar yang belajar di sekolah berkenaan.



Kalau aku tidak salahlah kata sumber cerita ini..... Pada tahun 1966 Kerajaan meluluskan peruntukan untuk membina bangunan baru berukuran 20 x 90 kaki persegi di tempat yang sama. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah untuk menampung kelas dari darjah satu hingglah darjah enam. Pada tahun 1967 pengarah Pelajaran Sabah mengarahkan supaya kedua-dua sekolah berkenanan digabungkan untuk memudahkan pengurusan pentadbirannya. Penggabungan ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kampung dengan menggunakan bangunan yang baru siap dibina di tapak sekolah Goverment Primary School Kiau II, Kota Belud dengan menggunakan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Kiau I, Kota Belud sehingga sekarang. Penggabungan kedua-dua sekolah tersebut menyebabkan bangunan sekolah di kampung Kiau I, dihentikan operasinya. Setelah selasai penggabungan kedua-dua sekolah berkenaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kiau I, Kota Belud yang pertama ialah En. Medi Abdul Rahman.



Istemewanya Sekolah Sk Kiau I, ini adalah walaupun sekolah ini terletak di Pedalaman, namun ia menunjukkan peningkatan dalam pelbagai aspek seperti sekolah-sekolah lain. Kini Sekolah ini berubah wajah, bermula dengan pelajar seramai 46 orang kini mempunyai jumlah purata pelajar 250 orang setiap tahun iaitu merupakan antara sekolah yang mempunyai pelajar yang terbanyak diantara sekolah-sekolah pedalaman di kawasan kota Belud khususnya .... Dari segi pencapaian akademik pula, sekolah ini pernah mencatat pencapaian yang agak memberansangkan dalam peperiksaan UPSR kerana ada beberapa pelajar pernah menyumbangkan keputusan 5A di peringkat Daerah Kota Belud.



Sejak penubuhan sekolah ini telah melahirkan ramai graduan yang mendapat kelulusan di peringkat ijazah dan Diploma sama ada didalam dan luar negara. Sementara itu bekas-bekas pelajar yang telah berjaya bergabung tenaga untuk menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Kiau I, dan telah berdaftar dengan pertubuhan ROS dan begitu giat dalam menyalurkan sumbangan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti seperti seminar dan motivasi kepada pelajar dan Ibu bapa serta memberikan sumbangan berupa penghargaan kepada pelajar cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR.



Apa yang menjadi harapan kita orang sebagai penduduk diketiga-tiga buah kampung ini adalah guru-guru yang diberikan tanggungjawab bertugas di Sekolah Kebangsaan Kiau I, akan terus gigih dan tidak jemu-jemu mendidik serta melahirkan insan yang benar-benar berwibawa berintelek, berpengatahuan, berketrampilan serta mempunyai akhlak terpuji yang dapat memenuhi keperluan serta juga menjadi kebanggaan keluarga tercinta.



4 comments:

  1. Thanks for u God ... akhirnya aku dapat juga apa yang ku cari, mengenai sejarah sekolah ku ... dapat juga aku siapkan kerja sekolah ku yang mak bapa aku pun tidak tau bila ku tanya mereka, walaupun mereka sekolah juga kat sini, Ini sekolah tempat saya belajar waktu sekolah rendah .. KAU TTAP DALAM KENANGAN KU ... Syukurrrr...

    ReplyDelete
  2. Dol,

    Aik.... Kau pun pernah sekolah kat sini samalah tapi kau tahun berapa sekolah dekat sini... Aku sebenarnya ingin sangat nak kenal siapa penulis blog ini. Aku bangga dengau kau kerana dapat masukkan dalam blog sejarah sekolah kita untuk makluman orang ramai. Aku sendiri pun tak tau kalau bukan blog ni.....!

    ReplyDelete
  3. Ada juga student skola ni yg sudah dpt phd.. kerja doktor suda dia sekarang..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sekolah ku. Mula bersekolah pada tahun 1966. Waktu itu berjalan menuruni bukit dari Kg. Paka seawal jam 4 pagi. cukup dulu setakat ini

    ReplyDelete