Thursday, January 28, 2010

Nanas / Baranggi.
Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik. Tanah Gambut merupakan tanah yang sangat sesuai untuk tanaman Nanas.






Wakid untuk mengangkat buah nenas


Buah nanas atau dikenali sebagai ‘nanas - baranggi’ dalam sebutan bahasa dusun adalah salah satu tanaman yang banyak ditanam oleh penduduk kampung Kiau. Walaupun harga tidak seberapa di pasaran, tapi bagi penduduk kampung, penanaman buah ini sentiasa popular sehingga pasarannya saya kira di seluruh sabah. Saya kira dalam sini daerah Kota Belud ah ..... Kg. Kiau merupakan pengeluar buah nanas yang terbesar....Kalo kau orang tak percaya datang sendiri tengok ....







Khasiat
Nanas mengandungi khasiat
vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.













Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Nanas dipercayai mampu boleh merawat
barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.













Kegunaan lain
Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di
Filipina dan Taipei. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan ......... Kaa di buuk dit nabaca ku di guluuuu pooh....








Nenas, adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini termasuk dalam familia nanas-nanasan (Famili Bromeliaceae). Perawakan (habitus) tumbuhannya rendah, herba. Buahnya dalam bahasa Inggris disebut sebagai pineapple karena bentuknya yang seperti pohon pinus. Nama 'nanas' berasal dari sebutan orang Tupi untuk buah ini: anana, yang bermakna "buah yang sangat baik". Nenas sebenarnya mempunyai beberapa spesis...... nenas tembaga , nenas madu .... haro pooh suai kanto ... d ...... k..

Monday, January 18, 2010

Cerita Rakyat - Longuyon

Kisah Longuyon merupakan sebuah kisah yang diceritakan secara turun- temurun dari suatu generasi ke generasi lain khususnya di kampung Kiau sehingga hari ini. Bagaimana pun, bagi generasi muda masa kini cerita lagenda ini semakin pudar dan tidak diendahkan lagi. Bahkan kebanyakan generasi tua yang hidup pada zaman ini di kampung ini sendiri tidak dapat menguasai sepenuhnya kisah legenda ini. Zaman kanak-kanak mereka sendiri tidak pernah menyaksikan secara nyata kehidupan tokoh legenda ini secara realiti. Apa yang mereka ketahui mengenai longuyon adalah diperolehi melalui cerita-cerita ibu bapa yang juga tidak dapat dipastikan sama ada pernah menyaksikan kehidupan sebenar peribadi Longuyon atau sebaliknya.
Kononnya pada zaman dahulu seorang tokoh yang begitu luar biasa pernah hidup dalam lingkungan masyarakat di kampung Kiau iaitu Longuyon. Longuyon semasa hidupnya sering berulang alik dari kampung Kiau ke kampung Tomis menggunakan jalan raya buatan manusia yang menghubungkan antara kedua-dua kampung tadi. Jalan raya ini merupakan perhubungan utama antara orang-orang dari "sarayo" dan " Sawa" ke kampung ini sama ada berjalan kaki atau menggunakan kereta kuda. Jalan raya tersebut masih dapat dilihat kesannya sehingga hari ini. Longuyon dikatakan seorang lelaki yang mempunyai bentuk fizikal yang normal seperti orang lain kecuali ketinggiannya yang agak unik. Menurut cerita Longuyon mempunyai ketinggian yang luar biasa berbanding dengan orang-orang yang hidup pada zamannya. Tidak ada suatu fakta sebenar yang dapat diketahui mengenai ukuran ketinggiannya yang luar biasa itu. Bagaimana pun untuk menggambarkan bertapa tingginya Longuyon berbanding dengan orang lain, masyarakat zaman dahulu mempunyai alasan-alasan tertentu melalui aksi-aksi seharian Longuyon sebagai bukti.
Bagi Menggambarkan ketinggian sebenar longuyon terdapat kisah yang mengatakan bahawa pada zaman dahulu masyarakat kampung mengalami kesukaran untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi untuk mengambil buahnya atau buah-buahan yang lain seperti langsat, terap dan sebagainya. Oleh yang demikian orang kampung meminta bantuan Longuyon untuk memetik buah tersebut dalam keadaan berdiri di atas tanah tanpa memanjat. Dalam situasi yang lain Longuyon dikatakan pernah membantu orang kampung menyeberang sungai kadamaian waktu hujan turun apabila banjir. Orang ramai tidak dapat menyeberang sungai kerana belum ada kemudahan jambatan tetapi dengan bentuk badannya yang luar biasa itu beliau merebahkan badannya sebagai ganti jambatan dengan kaki dan tangannya mencapai di kedua belah tebing sungai tersebut.
Dipercayai banyak lagi kisah menarik mengenai Longuyon semasa hidupnya di kampung ini, namun generasi masa kini tidak lagi mengetahui rentetan-rentetan peristiwa tersebut kerana mereka tidak lagi berminat meneroka cerita daripada nenek moyang. Kisah Hidup Longuyon berakhir apabila dia ditemui mati di tengah perjalanan oleh orang ramai. Adalah dipercayai bahawa kematian Longuyon disebabkan sumpitan oleh orang-orang Sarayo yang kebetulan pada masa itu merupakan musuh atau sangod kepada masyarakat kampung kiau. Racun daripada sumpitan orang sarayoi itu dikatakan terkena tepat dibahagian kemaluan Longuyon menyebabkan ia mati disitu. Menurut kebiasaan masyarakat zaman dahulu biasanya sesuatu mayat akan dikuburkan dikawasan berdekatan tempat ia ditemui mati. Dikatakan Longuyon telah dikuburkan di tempat tersebut dan kemudian tempat tersebut sehingga hari ini dinamakan Lumongui. Kesan tempat yang dikatakan kubur longuyon masih kelihatan namun agak kurang jelas kerana sebahagiannya telah dikorek untuk membesarkan jalan raya.
Setakat ni tidak ada seorang pun yang dapat mengesahkan secara tepat zaman kewujudan Longuyon walau pun para generasi tua kini mendakwa bahawa peribadi ini memang benar-benar wujud. Tidak ada sumber-sumber jelas dan sahih mengenai kisah peribadi yang agak luar biasa ini. Generasi tua yang ada sekarang ini pun tidak dapat memastikan sama ada Longuyon mempunyai saudara mara di kampung Kiau atau sebaliknya. Kisah Longuyon sangat menarik untuk dijadikan sebagai suatu kajian secara saintifik bagi mencari bukti-bukti yang sahih dan mengabadikan kisah menarik Longuyon ini dalam lipatan sejarah bukan saja di Kampung kiau tetapi juga di Sabah. ..... Aramai K....
Sejarah awal Kampung Kiau


Setakat penulisan ini tidak ada sebarang sumber atau maklumat yang boleh mempastikan asal-usul orang Kiau. mahupun lokasi pertempatan terawal diduduki orang Kiau dalam lingkungan kawasan sekarang. Apa yang pasti Kiau dari sejak dahulu terbahagi kepada dua kampung utama iaitu kampung Kiau 1 dan kampung Kiau 2. sebelum itu nama kiau untuk kedua-dua kampung ini belum digunakan. Ini bermaksud kedua-dua kampung ini dikenali dengan nama yang lain. Dipercayai bahawa lokasi Kampung kiau 1 (kini dikenali sebagai Kiau Nuluh) tidak pernah berubah sejak pertempatan pertama hingga ke hari ini.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, nama Kiau hanya digunakan lama selepas kewujudan pertempatan awal di Kiau 1 dan Kiau 2. satu-satunya cerita yang popolar tentang asal-usul nama Kiau ialah cerita yang berkaitan dengan rombongan "penjual sigup" daripada "sarayo". Pada suatu ketika dahulu kononya telah berlaku kemarau panjang mengakibatkan keadaan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari. Sungai-sungai besar dan kecil menjadi kering. Di mana-mana orang berusaha mencari air tapi gagal. Menurut cerita bahawa pada suatu ketika sekumpuan penjual sigup dari Sarayo melalui satu kawasan di Kiau. Semasa berehat sebentar kerana perjalanan yang jauh salah seorang ahli rombongan terdengar bunyi burung kologiau berulang kali. Ahli rombongan itu cuba mencari burung tersebut mengikut arah datang bunyinya. selepas beberapa lama mencari akhirnya dia menemui burung tersebut sedang minum di sebuah mata air. Penjual sigup tersebut terus ke mata air dengan gembira sekali dan minum menghilangkan rasa hausnya. setelah itu dia kembali kepada rakan-rakannya dan memberitahukan penemuan mata air tersebut. Rombongan itu sangat gembira lalu mereka ke mata air tersebut dan minum sampai puas. Mereka berteriak noiyau.. ! noiyahan ..! Koiyau ...!. Mereka kemudiannya menamakan anak sungai itu Koiyau sempena perkataan Koiyau yang bermaksud mengenyangkan dan burung itu kologiau sempena dengan bunyi yang dikeluarkannya dan membantu mereka menemukan mata air tersebut.

Tidak ada sumber yang jelas bagaimana nama asal koiyau berevolusi kepada Kiau. Namun dari satu cerita yang agak menarik juga berkaitan hal ini. kononnya pada tahun 1870-an, seorang pendaki gunung daripada Australia yang hanya dikenali sebagai Tuan soromin (nama sebenar beliau mungkin shearman atau sebagainya..) telah meminta khidmat seorang ketua kampung bernama bayoh untuk menjadi pemandu jalan (Malim/Guide) mendaki Gunung Kinabalu. Semasa pendaki Australia ini diberitahu tentang nama kampung Koiyau, beliau dengan sengau orang putihnya telah menyebut " Kiau". Sebutan ini pada mulanya di anggap lucu namun menjadi semakin popular dalam kalangan orang-orang kampung. Sejak itu nama Kiau telah digunakan dengan meluas, malah dalam penyusunan pemerintahan British nama Kiau telah diambil sebagai nama berdaftar dengan menamakan kampung disebelah atas (sokid) sebagai Kiau 1 manakala kampung yang ada di sebelah bawah (siba/koiyau) serta kampung Rani sebagai Kiau 2.
Demikian secara ringkas sejarah awal kampung Kiau dan asal usul nama Kiau. Sejarah ringkas ini dipetik daripada beberapa sumber khususnya cerita orang lama, betul tidaknya kisah ini artikel ini dianggap sekadar usaha permulaan yang bertujuan untuk dikembangkan serta memerlukan kajian khusus. Diharapkan kajian berkenaan boleh dilakukan oleh pakar-pakar sejarah yang berasal daripada kampung Kiau sendiri pada masa hadapan.

Sunday, January 17, 2010


Kisah Suami Isteri

Saya punya cerita menarik utk kita orang kongsi bersama, Saya dengar cerita ni dari orang lain juga, kata orang perkara baik elok kita kongsi bersama.... kan....kan........ so nak tau bagai mana ceritanya, Ok lah.... sabar lah dulu kena doa dulu banyak -banyak bersabar ye..... menurut cerita orang tu kononnya ada sepasang pengantin baru, yang baru juga khawin namanya pun pengantin baru kan.......! satu malam selepas makan, tengok tv mereka pun masuk bilik untuk tidur... (Ehmmmm.... hei...! tolong sikit ye jangan fikir macam-macam ok..), Tidak lama lepas tu tiba-tiba isterinya sakit gigi, apalagi isterinya ni mengerang kesakitan " Saaaakiiit, sssssaakiit... "sampai tendang sini tendang sana hingga macamlah orang bergaduh lepas minum air bingung.... cuba anda bayangkan saat gigi anda sakit bagaimana tentu sakit nya amat sangatkan....! makan tak lalu, tidur tak lena di buatnya, bagaimana anda rasa sakit gigi barangkali demikian jugalah apa yang isteri tadi rasakan... Tiada lagi yang dapat dilakukan melainkan suara mengerang kesakitan mampu dikeluarkan....! Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Yang, nanti mak ayah bangun /dengar, tapi kerana sakit giginya amat sangat isteri ini terus menangis. suami berusaha untuk membuatkan isterinya supaya diam dan berkata "Sudahlah Yang, tahan aje besok baru cabut." kebetulan mentuanya baru masuk bilik yang hanya bersebelahan dan mendengar tangisan si isteri ini ditambah lagi dengan kalimat terakhir yang si suami katakan "sudahlah Yang tahan aje besok baru cabut" . Spontan dengan itu mertua laki-laki langsung kebilik pengantin baru ini dan menendang pintu kamar dengan geram sambil berteriak, "Anak saya boleh mati jika besok baru dicabut! CABUT SEKARANG JUGA!" ...... kira-kira bagaimana reaksi si suami isteri ini apabila sang ayah buat begitu ...... Salah Faham koi tie mentua .... apa yang si mertua fikirkan saat mendengar perbicaraan suami isteri ini. Bagaimana dengan anda..... ayo...!! ada juga yang salah fahamkan....... dan fikir macam-macam .....! ingat ye !!........ Salah Faham banyak merusak kehidupan sesama. Jauhi sikap sedemikian Ye...! Tak Baik..... Bye.....
Ini Gambar perkampungan Kampung Kiau sebelah atas, dan di belakang kampung yang nampak bukit gundul tulah ladang nanas.

Kampung Kiau Nuluh (dahulunya Kg. Kiau I) terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud. Jarak Kampung ini dari Pekan Kota Belud ialah lebih kurang 73 kilometer. Sebelum adanya kemudahan jalan raya, penduduk dari kampung ini terpaksa berjalan kaki berhari-hari ke Pekan Kota Belud mengikuti Sungai Kadamaian untuk membeli keperluan seperti garam, ikan, pakaian dan sebagainya serta dalam masa yang sama memasarkan hasil-hasil tani kampung ini ke pekan berkenaan.

Gambar kampung Kiau berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Gunung yang menjadi kebanggaan kita orang Sabah kan....! mengikut cerita orang lama-lama kampung ni pernah menjadi laluan orang putih naik gunung kinabalu. sampai sekarang laluan tu kadang-kadang digunakan oleh para penyelidik dan staf Taman Sabah...... Kampung ni betui-betui di kaki gunung kinabalu memang cantik.. cuacanya bolehlah tahan ...... khususnya waktu malam macam dalam aisbox ....... boleh jadi beku geng ! .... disini airkond tak main ..... tak caya marilah ada homestay di sini...... 99% penduduk disini orang kita sementara tu 1% tu orang luar yang terkawin kat sini. ... he...he...he...!





Laban Rata - Pemandangan waktu senja.
Ekspedisi Saintifik Gunung Tambuyokon (Madalong), Monggis, Ranau pada Oktober 2009.

Penghijrahan orang-orang Kiau

Mengikut cerita orang lama di Kiau penghijrahan orang-orang Kiau mula berlaku sekitar tahun 1850-an. Dengan melihat peluang-peluang pekerjaan di tempat lain untuk mempertingkatkan taraf hidup masing-masing . Pada peringkat awal kebanyakan orang Kiau memilih untuk berhijrah ke Kampung Teginambur, Kota Belud dan membuka tanah-tanah baru untuk tujuan pertanian dan membina rumah kediaman. Bilangan penduduk Kiau yang berhijrah ke Taginambur boleh dikatakan agak ramai sehingga menjadikan mereka antara kelompok majoriti di kampung tersebut. Sehingga sekarang kebanyakan orang yang tinggal di teginambur dipercayai berasal dari Kampung Kiau.

Selain Teginambur orang-orang Kiau juga berhijrah ke beberapa tempat yang lain seperti Tenghilan, Kelawat, Tamu Darat, Keremuok, Perancangan, Telipok, Sindumin, Kota Merudu dan beberapa tempat yang lain di Sabah. Sehingga ke hari ini kebanyakan mereka yang berhijrah ke tempat lain ada masanya mereka balik untuk tujuan bertemu sanak saudara dan urusan tanah warisan.
Muzium Sabah - Wah ....! tengo tu ... budak budak maci kecil tapi dah pandai bergaya.... ada macam baca doa ...... dan macam-macam lah gaya diorang ni kalah-kalah artis kita kan ....! pasti jadi ikut-ikutan.


Bergambar bersama semasa bertugas menjaga larian gunung / climbathon 2009, di Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu.


Lawatan Mantan Perdana Menteri Ke Taman Kinabalu