Wednesday, February 24, 2010

Kenangan dan Kerinduan ku ....



Ini beberapa gambar yang diambil di beberapa tempat disekitar tempat tinggal saya .....ha...haa.haa.. tengok ajelah kan....gambar-gambar ini ..... almaklum okon ko kameramen ot minamagambar tambah lagi kamera di pinakai nga kamera tuiii ..... aiso gred ...... nga bolehlah untuk kenang-kenangan do melohing gia no .. iti nopo gambar nga ada dekat likas, poring om hilo lamin. yang satu tu pula dekat Timpohon Gate permulaan naik gunung Kinabalu, Nuluhon dit akawas tomod....tomod.. tomod..... Sudahkah anda pernah naik sanaaaa atas gunung niii....mari cuba .....





Hilo Lamin

Teluk Likas
Kolam Air Panas Poring , Ranau










Tuesday, February 23, 2010

keluarga yang bahagia

Korang maci ingat lagi kah dengan senikata lagu P. Ramlee ......... Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula. Paling meruncing ialah cemburu buta tanpa mempunyai bukti nyata.
Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga. Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram. Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga. Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga. Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri. Biarpun seburuk mana isteri atau suami kita kena terima seadanya.

Rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu. Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali isterinya. Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri. Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal. Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Kerjasama yang baik antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora ..........ewahhhhhh pengalaman boh tie k ........... untuk menjaga keluarga kita agar harmoni seharusnya kita kenalah berkorban apa saja demi kebahagiaan rumah kita yang memang ada tangga ..... tangganya ........ ehmmmmm ....... begitulah ....
Fikir-Fikirkanlah

Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita, bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi?. Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya dan berbudi bahasa sebenarnya begitu kejam serta tidak berperikemanusiaan. Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan perhentian bas. Ada yang mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar. Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat kita. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding? Hakikatnya gejala ini sukar dibendung. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja...... kesian sajalah yang dapat diluahkan.......

Antara punca gejala membuang anak sesuka hati adalah si mangsa terlalu mentah untuk memahami erti cinta yang sebenar dan risiko 'pengorbanan' takut ditinggalkan kekasih konon, sehingga sanggup menyerahkan segalanya tanpa memikirkan baik buruk akibat perbuatan mereka...... Mangsa kebodohan sendiri...... Remaja Mudah termakan pujuk rayu, sama ada dikenali atau tidak. Perlu para remaja ketahui hal ini khususnya wahai kaum hawa. Si lelaki sangat pandai menabur janji demi mendapat apa yang dia mahu sex contohnya. Lelaki ni memang lidah tidak bertulang pandai bermain kata-kata apabila permintaan tidak dibagi dia pura-puralah konon nak putuskan perhubungan dengan kekasihnya dan macam-macam lagilah helahnya ...... pasang jerat manalah tau tikus masukkan ...... Apa lagi gadis maci remaja itu, pun atas dasar cinta sejati konon alias takutlah nak ditinggalkan kekasih yang dikasihi paksa menyerahkan segala apa yang diminta .... Tapi apabila wanita itu bagi tau lelaki tadi yang dia udah ada orang dalam perut (hamil) si lelaki tadi mulalah nak bagi alasan yang mungkin bukan dia seorang aja yang pernah melakukan hubungan sex dengannya..... pandai-pandailah nak melepaskan diri ....... paling malang bagi perempuan tadi bila lelaki tadi tidak lagi menghubunginya selepas itu kerana tidak mahu bertanggungjawab dan mahu lesap macam asap.

Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa kepada para remaja dengan anggapan anak sudah besar dan pandai menjaga diri disalah erti oleh remaja itu sendiri. Selain daripada itu juga remaja selalunya tidak berfikir panjang sebelum bertindak apa akibat dari perbuatan mereka dan risiko yang bakal dihadapi, ambil contoh sex . Apabila seks sudah jadi 'keperluan' sudah tentu terlalu sukar untuk ditinggal seperti mana juga seorang penagih dadah yang sudah terlalu gian dengan dadah,. ketagih dengan aramai tie ..... seseorang itu amat sukar untuk meninggalkannya ..... Dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan ........... ?


Penyakit Gout

Gout atau lebih terkenal dengan panggilan GDL (Gout datang lagi) oleh beberapa orang, adalah penyakit yang sering menyerang lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika adapun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat. Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Bagaimana serangan gout berlaku?
Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain. Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).

Jenis-jenis gout:
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; - asimptomatik
(tiada simptom), - akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi. interkritikal kronik - serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. Tofus - Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl. Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan – yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Risiko
Jantina – lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.
Gaya hidup – Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
Obesiti – individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Sesetengah penyakit – tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)
Ubat tertentu – ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Genetik – kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Umur – gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan?
Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Rawatan
Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (
NSAIDs) seperti endomethacin, diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia. Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat. Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone). Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids. Untuk pesakit darah tinggi yang juga mengalami gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik. Sejenis ubat anti-kolesterol yang dipanggil Lipanthyl juga mempunyai fungsi yang sama.

Diet untuk pesakit gout:
- Buah ceri dan strawberi didapati mampu mengurangkan asid urik.
- Elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein
- Hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari
- Kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis dan hasil daging.Makan secara sederhana:
- Asparagus, kacang lentil, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.
- Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.
- Berhati-hati dengan ubat seperti aspirin, diuretik, vitamin C.