Monday, September 13, 2010


Selamat Datang ke Kiau


.... Welcome to Kiau Village ….. Wahhhhhh …. Cantiknya pemandangan kat sini Yee…... sapa udah pernah pigi sini kiau, tuk info kau orang ... sebenarnya kiau ada 4 buah kampung..... tuk koi ... kiau Teburi, Kiau Nuluh, Kiau Bersatu (Temedu / Gahui) om kiau-kiau kawasan sekolah tulah kan ... kau orang jangan lupa tu tempat yeee...... wahhhhhh... sebenarnya kan orang kiau ni taklah keterlaluan kalo saya bilang hampir seluruh tempat kat sabah ada je orang kiau tinggal... Orang kiau tu tahulah tukan....kan... kan.... ha..ha.. hee. he..



Kamu orang tahu tak, yang menarik disinikan aku dah selidiki, rasai sejak aku lahir......selama aku hidup tinggal kat sini kiau.... tak tahu kau orang kiau perasan atau tidak tapi kalau musim sejukkan hoiiii.....menggigil ....macam dalam aisbok bohhh... bukan main sejuk sampai lantai rumahpun macam basah tapiiii kan... kalau musim panas tu pula tak payah pakai bajulah ..... pannasss betuiiiii .... macam di sanaaa ......... Pun begitu itu lumrah alam yang sudah ditentukan oleh Dia yang maha Kuasa empunya segala sesuatu, kita kena terima apa adanya dengan rasa syukur...... Amin...

Tapi dalam keseronokan merasai semua itu ada jugalah yang menyakitkan hati mengenangkannya dan keluh lidah ni mengucapkannya dengan kata-kata mungkin kerana kita orang udah bosan menanti dan menanti suatu janji yang sampai bila tak tahu bila dapat ditunaikan ... kami ni kan macam burung hantu menanti bulan jatuh ke riba ...... kadang-kadang tu kalau nak diikutkan rasa hati yang kecewa mahu saja aku berteriak biar ...... eeehhhhhhh....... geramnya aku .... apa tidaknya setiap hujung minggu .... ada je pengunjung datang dari luar negara, orang putihlah tu.... sepatutnya kita kena sediakan segala macam keperluan asas contohnya selain ada tempat yang cantik, menarik perlulah ada perhubungan jalanraya yang baik supaya mereka senang datang...., kalau jalan raya tak bagus ” siapa yang mau datang .......susah.... susah... Walau apapun kita orang kiau berbangga kerana mendapat kunjungan dari negara luar, secara tidak langsung kita dapat berkawan dengan bangsa lain dan kita mempunyai masa untuk memperlihatkan sedikit kebudayaan kita kepada dia orang seperti tarian, makanan tradisi dan sebagainya dengan satu harapan , apabila nanti mereka balik ke tempat mereka bolehlah mereka bercerita pengalaman mereka kepada kawan-kawan mereka .... tapi kalau jalanraya kita tak bagus tentunya pengalaman yang menakutkan ajelah diceritakan .... jalanraya tempat kita orang merbahaya tak selamat tuk datang ......... pernah satu kali tu kita berkesempatan bercerita dengan dia orang ... apa pandanagan mereka tentang tempat kita orang. Mereka kata suatu tmpat yang menarik dan masih boleh dimajukan tapi jalan tu kena dibaiki. Ada diantara mereka tu kata jalan kita orang ini macam jalan kerbau aje.... Saya rasa pun begitu kerana antara jalan raya yang paling teruk dalam kawasan Kota Belud ......lihat ajelah gambar tu ... macam-macam ada.... mereka kata tak sepatutnya begitu .... kerana menurut mereka negara kita merupakan negara yang bolehlah dikira maju. Negara kita boleh membangun infrastruktur keperluan asas penduduk tanpa meminta bantuan negara lain malah negara kita boleh lagi membantu negara luar tapi ada satu perkara yang mungkin boleh difikirkan bersama negara kita orang ni terkenal dengan sifat pemurah selalu je memberi derma berbilion-bilion kat orang luar tapi kita orang kampung sendiri terbiar..... apa macam ..... betullah kata orang ” ..... sibuk memberi makan anak orang lain anak sendiri mati kelaparan ...... ” tapi kalau dah pilihan raya tu semua orang tahulah tak payah cakap .... kalau minta kuasa dari rakyat bukan main lagi tapi bila sudah duduk kerusi tidak juga menggunakan kuasa yang diberi untuk kesejehteraan rakyat …...

No comments:

Post a Comment