Air sejuk
Pernahkah anda mandi waktu pagi, atau dikala cuaca sangat sejuk.... eellaaah ... lupakan dahulu tentang rasa menggigil, kesejukan atau keinginan untuk mandi dengan air panas / suam. memang amat menyeronokkan kita mandi air suam hingga mau saja kita berendam sampai kita puas .... Tapi mengikut petua orang-orang tua sebenarnya ada kebaikannya mandi air sejuk ni contohnya mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk. Orang-orang lama (tua) menggunakan cara mandi air sejuk bilamana mereka mengalami keadaan yang saya sebutkan tadi. Maklumlah dulu orang kampung sukar untuk ke rumah sakit faham-faham ajelahkan, banyak penyebabnya seperti jalan raya, keretanya, duit tambang dan macam-macam lagilah,
Ada kisah disebalik semua itu, mengikut cerita orang lama (tua) sumber saya mendapatkan cerita ni ... dulu ada seorang pemuda kampung yang sakit hendak berubat kepada seorang dukun/bomoh yang pandai yang jauhnya bolehlah tahan dua hari perjalanan baru sampai dengan menggunakan kaki tanpa kasut melalui kawasan hutan tebal, maklumlah dulu jalan raya mana ada, orang ini dikatakan mengalami sakit demam, dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya sehingga orang ini basah kuyup. Orang ini mencari tempat berteduh kerana tidak sanggup meneruskan perjalanan selain kesejukan oleh air hujan, akhirnya pemuda tadi tiba pada sebuah gua dan berehat sampai orang ini tertidur. Apabila orang ini bangun hujan sudahpun berhenti. dipendekkan cerita orang tadi tidak meneruskan perjalanan kerana waktu dia bangun dari tidurnya ia merasa sakitnya sudah hilang. Jadi orang ini pun baliklah tanpa meneruskan perjalanan kerumah bomoh. Orang ini berfikir macamana sakitnya boleh hilang sedangkan dia belum berubat, makan pun belum hanya terkena hujan. Lalu orang ini mengandaikan bahawa air hujan itulah yang menyembuhkannya dari penyakit dan menceritakan apa yang berlaku kepada kawan-kawannya. sejak saat itu mereka mempercayai bahawa sebenarnya mandi air sejuk mempunyai kebaikannya. Jadi tidak salah kalau kita cuba untuk membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi. Di percayai air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara menyeluruh. Hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan tubuh menjadi normal dan kesan akibat penyakit tertentu.
Secara teorinya, tubuh manusia memberi tindak balas pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting. Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.
Tuesday, October 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment