Wednesday, August 10, 2011

Perjalanan yang jauh
Kata orang banyak perjalanan luas pandangan banyak pengalaman.... benar ngak tu ..... rasanya ada juga benarnya, dalam perjalanan hidup gue ada begitu banyak yang gue dapat , nampak, rasa telah memberi pengajaran dan antara lainnya gue paparkan disini sebahagian kecil berdasarkan papan tanda khususnya, yang gue rasa ada tarikan tersendiri dan boleh membuka minda kita semasa membuat sesuatu perkara, walaupun gambar yang gue ambil tak ada kualiti tapi yang pasti hati gue sangat puas....... ! gue pakai kamera tuiiii ajeeee nii ambil gambar ............. sebagai tontonan mata bersamalah kannnn...... iya - iyalah....
Ini papan tanda yang memang cantik ... ada klasssss... memang cun , dekat gunung yang banyak emas di Sabah..... tu hahhh ... dekat tambunan... pa macam...
Papan tanda ni pula hendak menunjukkan bahawa sapa-sapa yang tak tau jalan pigi klinik ini tandanya. Biasanya orang yang ehemmm..... aje pigi sinikan...... faham-faham aje lah .....





Larangan jangan merokok ..... ! Merokok merbahaya kepada kesihatan baik mereka yang merokok maupun mereka yang tidak merokok......., aieeeee macamana pula mengganggu kepada orang yang tidak merokok, kenyataan ini tidak dapat kita nafikan. Kebiasaan merokok bukan saja merugikan dan merbahaya kepada siperokok, tetapi juga bagi orang disekitarnya kerana asap rokok yang dihembuskan akan terhidu pula dengan hidung orang lain. Bahaya merokok terhadap kesehatan tubuh telah diteliti dan dibuktikan oleh banyak orang. Banyak penelitian membuktikan bahwa kebiasaan merokok meningkatkan risiko timbulnya berbagai penyakit. Ada pepatah kita mengatakan bahawa Lebih baik menghindari daripada mengubati. .... Gue heran larangan merokok ini ditulis dikulit kotak rokok oleh kerajaan tapi tak taulah macamana kerajaan kita ni kan...kan.... Pernah sekali saya mendengar orang mengatakan bahawa lebih baik kita beli makanan atau sedekahkan kepada orang miskin/ peminta sedekah wang yang kita gunakan untuk beli rokok, ada juga faedahnya, berkatnya daripada membeli sekotak rokok yang tidak membuatkan perut kita kenyang, ia hanya pembaziran, adapun balik-balik asap saja yang keluar.... Tapi nii...lah kata orang merokok itu sebahagian daripada gaya..... benar tidaknya terserah kepada individu itu sendiri untuk menilainya. tapi bagi aku itu sebahagian daripada gaya hidup yang kurang sihat dari seseorang. Merokok itu apa sebenarnya keistemewaannya sehingga ada orang mengatakan sanggup tidak makan nasi sehari daripada tidak merokok sebatang.... Begitu besar pengaruh rokok dalam kehidupan kita .... Sebenarnya kita boleh mengatakan Nyah kau Rokok seperti dalam papan tanda tu kan, aku tidak memerlukan engkau ...... jadi gue pulangkan kepada kita menilai baik buruknya merokok. Kalau merokok itu punya kebaikan kenapa tidak kita terus merokokkan....kan...... kita jua yang rugi........ ! nanti hilang gayaaaaa... !. Berdiri megah di puncak Kinabalu tidak mengenal erti panas, sejuk bahkan beku sekali pun namun sainboard ini tetap disana sebagai peringatan kepada semua bahawa nama yang tertulis sebagai Gunting Lagadan merupakan malim petama yang membawa pelancong mat salleh mendaki gunung ini. Apa pula notis ni ...... lain dari yang lain ...... pelik tapi benar , Tapi inilah notis syaitan perlu anda baca kerana semua yang tertulis ni merupakan satu peringatan supaya bersikap jujur .........! kalau andalah pelaku seperti yang tertulis di sana tu... jaga-jaga... andalah teman dan kawan kepada si dia yang bertanduk tu.... hee... hehee.....

Sering kali kita mendengar cerita ataupun perumpamaan tentang buaya seperti Jangan sangka air tenang tiada buaya.... Ada orang memanggil buaya pencen, Buaya tembaga dan lain lain lagi. Buaya adalah nama panggilan yang disamakan sebagai seorang lelaki yang kalau boleh semua mau di nggappppp..... kan... kan.... ehwahhhhh.........! biasalah kan .... yang ni sungai buaya tapi yang buat aku terbelalak mata melihat papan tanda ni ialah sungai buaya pondan adakah.... kat mana ye...! buaya pondan .... aku melihat papan tanda ni sambil tersengih- sengih..... macamana kau orang dapat idea buat sainboard kelakar ni...... bijak....... bijak .... bijak..... kau orang pernah nampakkah semua buaya ini sampai kata ada buaya pondan ...! lagi satu tu buaya darat ... boleh idupkah buaya didarat.... atau jangan-jangan engkau tu yang buaya darat... hooiiii dalam maksudnya tukan..... Jangan sampai buaya-buaya tu tahu yang kau orang panggil mereka buaya pondan, buaya darat pulak ..... Kata orang buaya tu sangat sensetifkan .... karang buaya tu marah ngapppp .... baru tau ....!


Ini papan tanda penunjuk arah jalan ke Sk Kiau, Kota Belud, lebih kurang 13 kilometer ke Taman Kinabalu, Kundasang dan 5 kilometer dari jalan besar kk - Ranau. Sk Kiau merupakan salah satu Sekolah luar bandar yang mempunyai rekod sangat cemerlang.......
Ini papantanda Prasekolah sk Kiau, tempat budak-budak belajar mempunyai kawasan yang cantikkkk dan menarik, sememangnya persekitaran yang bersih dan terjaga akan membuatkan anak-anak atau pelajar dapat belajar dengan nyaman dan tenang. ........,
Kawasan Prasekolah... kelihatan sebahagian ibubapa sedang berehat selepas penat bergotong royong membersihkan serta melakukan apa yang sepatutnya.... he... hee .. he....





Inilah satu slogan yang Perdana menteri kita laungkan, Satu Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan inilah juga harapan besar sekalian rakyat malaysia harapkan untuk kerajaan kita laksanakan dalam kita mencapai wawasan Malaysia menjelang 2020.
Taman Marin Tun Sakaran
Taman Marin Tun sakaran , Semporna merangkumi kawasan seluas 32, 452 ha, telah diwartakan sebagai kawasan Taman pada Julai 2004. Nama Taman Tun Sakaran diambil merujuk kepada nama bekas tuan Yang terutama negeri Sabah Tun Sakaran Dandai yang menjadi nama keseluruhan kepada kawasan taman yang merangkumi 6 buah Pulau iaitu, Pulau Bod Gaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Sibuan, Pulau Sabangkat dan Pulau Maiga. Pulau-pulau ini mengandungi pelbagai habitat bawah air dengan kepelbagaian dari segi ikan, terumbu karang, siput laut dan kerang. Kepelbagaian hidupan laut yang tinggi dikawasan ini adalah kerana ianya terletak dalam lingkungan atau gugusan di mana wujudnya kepelbagaian terumbu karang yang tinggi sekali. Selain daripada hidupan merinnya, Taman Tun Sakaran, Semporna juga unik dengan vegetasi pulau. Ketinggian puncak bukit mencapai lebih kurang 300m dari paras laut, terbentuk daripada batu kapur khususnya Pulau BodGaya dan Pulau Bohey Dulang. Pesisir pantai dan kawasan puncak bukit mempunyai ekologi hutan yang berbeza. Taman Marin Tun sakaran membangun mengikut peredaran masa.
Kawasan perumahan kakitangan Taman


Jeti
Pejabat taman marin


Bukit Bohey Dulang


Rumah polis
Batu besar di tengah laut dekat Bod Gaya ini kelihatannya macam menyerupai sesuatu ... tapi apa yaa......!


Ini pemandangan diatas bukit ...... cantik tak .... ! Itu bukit dalam gambar tu di sebahagian dari Bod Gaya .....


Ekspedisi Saintifik yang pernah aku ikut disana........ seronok juga tau ...

Tuesday, August 9, 2011

Mari kita kunjungi
Ini dimana ya ada lubuk hijau, Lubuk kuning, merah hitam tak de ke ..... Yang penting kau orang tau ya, semua Trail dalam sainboard tu ada kat Stesen Sayap dalam kawasan Taman-Taman Sabah. Trail atau lorong yang disediakan untuk para pelancong yang berminat menjelajah masuk hutan dan digigit Kuntilanak hutan yang suka minum darah kita orang ......! Haahaaahaaaaaa.... ketawanya pun menakutkan ....... Bagus juga kena hisap darah kan...kan... sebab yang keluar pun, darah yang kotor juga bukan jugak boleh pakai ..... heheehe ... tapi yang aku seronok dengar tu sekarang ni ada yang menggunakan lintah untuk tujuan perubatan.... heiiii... geliiiiiinyaaa aku ... tapi seronok jua kalau kita masuk hutan ramai-ramai .... yang aku seronok lagi tu bila ada kawan kita berteriak kerana takut dengan kuntilanak pacat hutan ..... aku pun ketawa tapi ada rasa kesian dengan teman kita yang takut dengan pacat ada rasa macam-macamlah aku rasa...... Bukit Ular Trail
Wah ada ularkah di bukit sana .....? kenapa ya bukit tu diberi nama bukit ular tentunya banyak ularkan..kan, mari datang tengok boleh kita tangkap buat sop ..... !

yang ni pula sedang bergaduh sampai yang satu mahu telan yang satu lagi tapi inilah juga lumrah kehidupan kita di dunia orang tidak pernah perasan bahawa sesungguhnya yang tidak punya pegangan serta kekuatan hidup akan ditelan oleh pelbagai masalah yang dihadapinya sehingga tidak mampu menghadapi dan akhirnya ...... waaaahhhhh...!!!.

Ular ni naik tangga rumah dan diam dekat pintu masuk, aku sangat terkejut, ular ni panjang dan bolehlah tahan besarnya... tengoklah sendiri dapat bayangkan kalau ular ni ngapppp....!.



Bukit Burung Trail

Mari pigi tengok burung, dengar cerita ada banyak burung di bukit burung sana sebab tu bukit ni diberi nama bukit burung. Bukit burung ini ada kat taman kinabalu, Kalau kita ke sana kita dapat melihat burung yang tidak terdapat di lain-lain tempat hanya terdapat di Kawasan kinabalu dipanggil endemik kinabalu. Selain dari itu kita juga dapat melihat lebih dekat lagi batu besar yang menjadi kebanggaan kita orang Sabah dan seluruh warga Malaysia ..... Batu besar itu orang panggil Gunung Kinabalu atau lebih dikenali oleh masarakat tempatan Dusun Sabah sebagai Gayoh Ngaran...Nama Besar ... !




pandangan dari jalan Sayap dekat jambatan

Ini Pondok Timpohon, pintu masuk dimana bermulanya perjalanan naik kaki untuk mendaki gunung Kinabalu. Kereta hanya boleh sampai dekat sini. Perjalanan yang akan menguji ketahanan kita baik minda , fizikal dan segala-galanya kalau takcaya datang dan cuba .... aku selalu naik gunung Kinabalu ni, hampir setiap tahun tapi itu waktu aku muda-muda dulu, karang ni dah berumur tak tau mampu lagi ke tidak sampai layang-layang ..... kita boleh naik gunung ini berapa banyak kali kita mahu kata orang selagi hayat dikandung badan, nak buat rekod pun boleh dah ada yang buat pun, yang penting ikut peraturan senang je kita hanya perlu mendaftar dulu dengan pihak taman bayar apa yang perlu. Dekat timpohon ini tak boleh buat suka hati je kerana ada kakitangan Taman yang jaga. Karang kedapatan buat hal yang menyalahi enekmen Taman, denda sudah menanti kalau tak caya cuba je dah banyak orang yang kena penangan undang-undang kerana tidak mematuhi peraturan.... tapi saya percaya kita orang semuanya mahu memelihara khazanah kita sendiri untuk genarasi akan datang.... Gua caya sama luuu orang semua ....... Mari bersama kita membantu pihak Taman untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang menjadi kebanggaan kita sebagai warga Sabah dan Malaysia kerana kita adalah 1 Malaysia yang Boleh melakukannya...... Cayalahhhhh .....
Ini lagi yang menarik tentang gunung Kinabalu setiap tahun akan diadakan pertandingan mendaki gunung Kinabalu yang lebih dikenali sebagai Climbathon. Merupakan suatu pertandingan sukan yang diketegorikan sebagai pertandingan lasak dan mencabar tapi menurut mereka yang selalu ikut dalam pertandingan ni ia sesuatu yang menyeronokkan..... sebenarnya akupun pernah sekali ikut dalam pertandingan climbathon tapi rezeki takde lagipun aku memang bukan ahli sukan dalam acara marathon. Dulu aku memang suka bersukan tapi bukan semua jenis sukan aku boleh main... yang paling aku mahir dalam acara sukan ialah main batu dan main guli.... kanak-kanak punya mainan ...hahahaahaa .....! cayalahhhhh...!

Para peserta pertandingan climbathon ini datang dari berbagai negara tetapi kebanyakannya terdiri daripada peserta tempatan iaitu orang kita.....Seperti mana juga acara sukan antarabangsa yang lain, setiap kali Pertandingan climbathon berlangsung ianya akan dimeriahkan lagi dengan paluan gong dan tarian tradisi orang dusun yang tinggal disekitar gunung Kinabalu yang dipilih. Kita juga akan melihat pelbagai gelagat atau kerenah orang yang datang membuatkan kita tersenyum memanjang dan terhibur .. . haaahaaahaaa....

Ini gambar di starting point, Timpohon para peserta climbathon sedang menantikan masa pelepasan..... sambil tu kelihatan gadis-gadis berpakaian tradisi juga berada disana untuk memeriahkan lagi pertandingan climbathon .... Para peserta yang mengambil bahagian dilepaskan dan memulakan pendakian mendaki gunung kinabalu. Biasanya pelepasan dilakukan oleh seorang menteri.

Peserta yang sampai ke puncak dan turun berpatah balik ke kawasan kompleks taman untuk menamatkan larian. Peserta pertama yang sampai ke puncak akan memenangi loket emas, ini menunjukkan bahawa ia merupakan peserta yang paling pantas dan kuat mendaki, pun begitu ada jugalah peserta yang terpaksa berpatah balik kerana tidak cukup kuat, tiada semangat dan cepat mengalah tidak kurang pula yang sakit semasa pertandingan ini mungkin kerana keadaan cuaca dan persekitarannya yang cukup berbeza dengan keadaan cuaca semasa dibawa. Altitude juga mempunyai kesan sampingan maklumlah semakin tinggi kita berada semakin kurang jugalah oksigen semakin susahlah pula kita untuk bernafas .... kan... kannnn. ...tidak kurang juga yang dipaksa turun balik kerana tidak memenuhi syarat seperti melebihi masa kelayakan yang ditetapkan.... Wah ada masa kelayakan jugakah macam sukan olimpik je ... Jarak perlumbaan lebih kurang 21 kilometer..... Dekat je tapi jangan lupa ini pertandingan naik dan turun gunung bukan lagi bukit ..... lainlah kalau ikut trek atau jalanraya ini jalannya pun pakai tangga ..... tapi kau orang kena ingat inilah yang membuatkan climbathon ini menarik dan mencabar ....... satu antara seribu ... betul.... betul....betul ..., kata upin dan ipin ...
Ini peserta dari afrika , Nigeria tapi tak dapat lah beb ....!

Ini pula peserta dari negara matahari terbit, Japan. .... Boleh tahan gadis ni peserta wanita pertama yang sampai puncak kinabalu tapi waktu turun kasian betul kerana ia terjatuh sampai kakinya berdarahhhh ... tapi aku tabik gadis ini punya semangat kuat untuk menghabiskan pertandingan akhirnya dapat juga saguhati, daripada langsung tak dapat kan.... ,

Peserta wanita yang memenangi pertandingan kali ini
Inilah peserta dari Negara italy yang memenangi pertandingan ni, masih muda punya tenaga dan kekuatan luar biasa.... cayalahhh .... dekat garisan penamat udah ni tengok banyak orang memberikan sokongan cukup meriah jugalah rasanya........ ! tapi yang menyeronokan tu ialah bandera kita tetap megah berkibar dimana sana......!.
ini pandangan dekat finising point..

Para peserta dari sabah, tengok tu yang berdiri kat tengah-tengah ... nak tayang body ...... memang pun orang ni pernah ikut pertandingan bina badan peringkat negeri Sabah ....ada harapan ke ...! dapat jugalah medal kan ...kannn..

Kasut adidas kampung jenama yang terkenal dipakai semasa pertandingan climbathon

Peserta dari Filipina

Para petugas climbathon kelihatan sedang turun dari gunung selepas selesai pertandingan dan berada dekat dengan Pondok Timpohon.


Semua petugas ini merupakan kaki dan tangan, taman-taman Sabah yang bertugas mencacat nombor peserta semasa naik dan turun sebagai langkah untuk pengawasan. Kalau ada nombor peserta didaftarkan semasa naik kemudian waktu turun nombor peserta tadi tidak ditemukan disemua lokasi yang telah ditetapkan bererti peserta tersebut diandaikan telah mengalami kemalangan atau sebaliknya.... Kaki dan tangan ini juga yang bertugas untuk mencari orang tadi sampai ditemukan. Ada juga kaki dan tangan ini bertugas untuk menyediakan air serta bantuan perubatan apabila diperlukan,.....memangpun tangan yang sediakan semua itu ....ha....ha... heee.heee... walaupun bukan pakar yang bertauliah namun semua kakitangan ini merupakan kaki dan tangan yang bolehlah .... mereka ini cukup terlatih kerana sentiasa didedahkan dengan latihan dari masa ke semasa mengenai hal-hal pertolongan cemas, selain itu juga ia merupakan sebahagian dari rutin harian, maklumlah orang gununglah katakan ...gunung tu tidak pernah kosong ada je pelancong yang datang baik dalam mahupun luar negara... kena bersedia kata orang sediakan payung sebelum hujan datang......... beringat sebelum terkena ....... iya tak ....... iya-iyalah. Ssecara keseluruhannya semua kaki dan tangan ini akan bekerja sama untuk melakukan tugas yang telah diamanahkan dengan jujur dan amanah. Keselamatan peserta juga adalah keutamaan bagi kaki dan tangan ini tanpa menghiraukan keselamatan sendiri .... kaki dan tangan ini akan berkhidmat tanpa mengira penat lelah, sejuk, panas, lapar atau sebagainya ..... aku memang tabik semua kaki dan tangan ini ... komitmen mereka dengan tugas yang dipercayakan, baik itu wanita mahupun lelaki tanpa merungut ..... teruskan khidmat anda ...... cayalah ....... aku bangga menjadi sebahagian daripada mereka ini ..... aku selalu berfikir bahawa upah kita sudah tersedia menanti kerana ....... memberi itu lebih baik dari menerima ...... betul ngak ..... fikir-fikirkanlah .....

Sub stesen Utara, Nalapak taman Kinabalu boleh dikunjungi melalui jalanraya antara Kota Belud - Kota Merudu. Tidak banyak orang yang datang ke tempat ini kerana keadaan jalannya yang agak curam dan licin pada musim hujan. Kereta yang ada lowgear je jamin boleh sampai sana tapi kancil pun rasanya masa datang tak de masalah tapi waktu balik tu huhhh... berfikir macamana nak naik kecualilah kalau kita orang boleh angkat kereta kita pakai bahu ....hahahahahaaa ... Badang ke ... nak angkat sebiji kereta .... Nak cuba boleh.
Kebun Tropika di poring.



Salah satu Sub-stesen Taman Sabah yang terdapat di kawasan Taman Banjaran Crocker, terletak di Mahua, Tambunan boleh anda lawati pada hari-hari biasa. Tempat ini mempunyai tarikan tersendiri iaitu air terjun Mahua serta bunga terbesar didunia kalau musimnyalah kerana bunga ni bermusim buka selalu ada .....