Mari kita kunjungi
Ini dimana ya ada lubuk hijau, Lubuk kuning, merah hitam tak de ke ..... Yang penting kau orang tau ya, semua Trail dalam sainboard tu ada kat Stesen Sayap dalam kawasan Taman-Taman Sabah. Trail atau lorong yang disediakan untuk para pelancong yang berminat menjelajah masuk hutan dan digigit Kuntilanak hutan yang suka minum darah kita orang ......! Haahaaahaaaaaa.... ketawanya pun menakutkan ....... Bagus juga kena hisap darah kan...kan... sebab yang keluar pun, darah yang kotor juga bukan jugak boleh pakai ..... heheehe ... tapi yang aku seronok dengar tu sekarang ni ada yang menggunakan lintah untuk tujuan perubatan.... heiiii... geliiiiiinyaaa aku ... tapi seronok jua kalau kita masuk hutan ramai-ramai .... yang aku seronok lagi tu bila ada kawan kita berteriak kerana takut dengan kuntilanak pacat hutan ..... aku pun ketawa tapi ada rasa kesian dengan teman kita yang takut dengan pacat ada rasa macam-macamlah aku rasa...... Bukit Ular Trail
Wah ada ularkah di bukit sana .....? kenapa ya bukit tu diberi nama bukit ular tentunya banyak ularkan..kan, mari datang tengok boleh kita tangkap buat sop ..... !
yang ni pula sedang bergaduh sampai yang satu mahu telan yang satu lagi tapi inilah juga lumrah kehidupan kita di dunia orang tidak pernah perasan bahawa sesungguhnya yang tidak punya pegangan serta kekuatan hidup akan ditelan oleh pelbagai masalah yang dihadapinya sehingga tidak mampu menghadapi dan akhirnya ...... waaaahhhhh...!!!.Bukit Burung Trail
Ini Pondok Timpohon, pintu masuk dimana bermulanya perjalanan naik kaki untuk mendaki gunung Kinabalu. Kereta hanya boleh sampai dekat sini. Perjalanan yang akan menguji ketahanan kita baik minda , fizikal dan segala-galanya kalau takcaya datang dan cuba .... aku selalu naik gunung Kinabalu ni, hampir setiap tahun tapi itu waktu aku muda-muda dulu, karang ni dah berumur tak tau mampu lagi ke tidak sampai layang-layang ..... kita boleh naik gunung ini berapa banyak kali kita mahu kata orang selagi hayat dikandung badan, nak buat rekod pun boleh dah ada yang buat pun, yang penting ikut peraturan senang je kita hanya perlu mendaftar dulu dengan pihak taman bayar apa yang perlu. Dekat timpohon ini tak boleh buat suka hati je kerana ada kakitangan Taman yang jaga. Karang kedapatan buat hal yang menyalahi enekmen Taman, denda sudah menanti kalau tak caya cuba je dah banyak orang yang kena penangan undang-undang kerana tidak mematuhi peraturan.... tapi saya percaya kita orang semuanya mahu memelihara khazanah kita sendiri untuk genarasi akan datang.... Gua caya sama luuu orang semua ....... Mari bersama kita membantu pihak Taman untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang menjadi kebanggaan kita sebagai warga Sabah dan Malaysia kerana kita adalah 1 Malaysia yang Boleh melakukannya...... Cayalahhhhh .....Ini lagi yang menarik tentang gunung Kinabalu setiap tahun akan diadakan pertandingan mendaki gunung Kinabalu yang lebih dikenali sebagai Climbathon. Merupakan suatu pertandingan sukan yang diketegorikan sebagai pertandingan lasak dan mencabar tapi menurut mereka yang selalu ikut dalam pertandingan ni ia sesuatu yang menyeronokkan..... sebenarnya akupun pernah sekali ikut dalam pertandingan climbathon tapi rezeki takde lagipun aku memang bukan ahli sukan dalam acara marathon. Dulu aku memang suka bersukan tapi bukan semua jenis sukan aku boleh main... yang paling aku mahir dalam acara sukan ialah main batu dan main guli.... kanak-kanak punya mainan ...hahahaahaa .....! cayalahhhhh...!
Para peserta pertandingan climbathon ini datang dari berbagai negara tetapi kebanyakannya terdiri daripada peserta tempatan iaitu orang kita.....Seperti mana juga acara sukan antarabangsa yang lain, setiap kali Pertandingan climbathon berlangsung ianya akan dimeriahkan lagi dengan paluan gong dan tarian tradisi orang dusun yang tinggal disekitar gunung Kinabalu yang dipilih. Kita juga akan melihat pelbagai gelagat atau kerenah orang yang datang membuatkan kita tersenyum memanjang dan terhibur .. . haaahaaahaaa....

Ini gambar di starting point, Timpohon para peserta climbathon sedang menantikan masa pelepasan..... sambil tu kelihatan gadis-gadis berpakaian tradisi juga berada disana untuk memeriahkan lagi pertandingan climbathon .... Para peserta yang mengambil bahagian dilepaskan dan memulakan pendakian mendaki gunung kinabalu. Biasanya pelepasan dilakukan oleh seorang menteri.
Semua petugas ini merupakan kaki dan tangan, taman-taman Sabah yang bertugas mencacat nombor peserta semasa naik dan turun sebagai langkah untuk pengawasan. Kalau ada nombor peserta didaftarkan semasa naik kemudian waktu turun nombor peserta tadi tidak ditemukan disemua lokasi yang telah ditetapkan bererti peserta tersebut diandaikan telah mengalami kemalangan atau sebaliknya.... Kaki dan tangan ini juga yang bertugas untuk mencari orang tadi sampai ditemukan. Ada juga kaki dan tangan ini bertugas untuk menyediakan air serta bantuan perubatan apabila diperlukan,.....memangpun tangan yang sediakan semua itu ....ha....ha... heee.heee... walaupun bukan pakar yang bertauliah namun semua kakitangan ini merupakan kaki dan tangan yang bolehlah .... mereka ini cukup terlatih kerana sentiasa didedahkan dengan latihan dari masa ke semasa mengenai hal-hal pertolongan cemas, selain itu juga ia merupakan sebahagian dari rutin harian, maklumlah orang gununglah katakan ...gunung tu tidak pernah kosong ada je pelancong yang datang baik dalam mahupun luar negara... kena bersedia kata orang sediakan payung sebelum hujan datang......... beringat sebelum terkena ....... iya tak ....... iya-iyalah. Ssecara keseluruhannya semua kaki dan tangan ini akan bekerja sama untuk melakukan tugas yang telah diamanahkan dengan jujur dan amanah. Keselamatan peserta juga adalah keutamaan bagi kaki dan tangan ini tanpa menghiraukan keselamatan sendiri .... kaki dan tangan ini akan berkhidmat tanpa mengira penat lelah, sejuk, panas, lapar atau sebagainya ..... aku memang tabik semua kaki dan tangan ini ... komitmen mereka dengan tugas yang dipercayakan, baik itu wanita mahupun lelaki tanpa merungut ..... teruskan khidmat anda ...... cayalah ....... aku bangga menjadi sebahagian daripada mereka ini ..... aku selalu berfikir bahawa upah kita sudah tersedia menanti kerana ....... memberi itu lebih baik dari menerima ...... betul ngak ..... fikir-fikirkanlah .....




No comments:
Post a Comment