Sunday, June 26, 2011

Astro bikin gua bengang

ADA kalanya saya rasa tak berpuas hati dengan pihak Astro. Ia tidak seperti yang saya harapkan, banyak benda yang membuatkan saya rasa terkilan ... apa tidaknya waktu mula-mula saya memohon pemasangan astro saya telah melangan 3 pekej astro itu pun bukan kita dapat lihat semua rancangan yang dibagi tu, tetapi oleh sebab memang sudah jadi pekej ... ambil ajelah... tapi sekarang yang saya tidak puas hati tu sebab ada pekej yang tidak termasuk dalam pemintaan kita tiba-tiba boleh ada ... tidak apalah kalau diberi percumakan,atau kalau dia orang tanya kita dulukan bagus, ini tidak .... apa namanya tu kalu begitu.... Macam juga kita beli barang di kedai. Kalau di beri percuma tak payah bayarlah .... ni tidak kalau tidak dibayar ... alamat dipotong beb ... Tak tau nak cakaplah ... Lu fikirlah sendiri … tapi betul juga tu….. kalau bilang siaran sukan tambah satu chanel 816 nampak sama pula dengan siaran 811. mana logiknya minta bayaran lebihhhhhh….. Takkan bayar tambahan tengok cerita sama cerita lapuk, filem ulang-ulang ....Menyampah betul! Sampai anak aku yang baru 5 tahun dah hafal cerita dalam setiap rancangan terutama siaran kartun yang dia minat .... takde ke lagi filem kartun yang baru ....
Tentu ramai juga kawan-kawan diluar sana yang bersetuju dengan saya dan merasa tidak puas hati dengan pihak astro yang tidak pernah berubah sejak setahun yang lalu saya tahu bukan mudah memuaskan semua pelanggan tapi sekurang-kurangnyalah pihak astro kena buat penggantian sebahagian besar pengisian seperti movie atau kartun dan sebagainya supaya tidaklah terlalu bosan ..... Astro kena fikir dan lebih pro kalau perlu balik pada pakej permintaan pelangan untuk pengisian semula.... Saya berhak bersuara, kerana melanggan astro bukan free tapi bayar ......

No comments:

Post a Comment