KAMPUNGKU YANG KU CINTAI....!
Kampung Kiau terletak dalam daerah Kota Belud kawasan N. 7, KEDAMAIAN. Dari pekan Kota Belud ke kampung Kiau mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih sikit untuk sampai. Sebagai makluman kau orang yang belum berkesempatan mengunjungi sanaaa, kampung Kiau aku nak promosi sikit tentang kampung aku yang cantik ni ..... Mula-mula Kalau kita dari Pekan Koboi, Kota Belud kita akan melalui SMK Narinang sampailah kita ke bypass Bongol - Ranau. Kalau kita dari Pekan Ranau - menuju KK, ikut jalan Ranau - Kota Kinabalu jalan masuk ke kampung Kiau adalah selepas Taman Kinabalu lebih kurang 8 km, tapi sebelum Pekan Nabalu.
Apa yang ada dekat sanaaaa kampung Kiau ni...... banyak ...... yang menarik disini tapi kalau aku cerita banyak dekat ruangan ni tak sioklahkan .... kau orang pun tentu tak jadi datang... lebih baik aku buat kau orang suspen sikit... iya takkkk... selain tu kan Kampung Kiau ini sebenarnya ada 4 kawasan tapi kalau kau orang bertanya biasanya orang akan jawab 3, tapi orang selalu lupa ada satu kawasan lagi, kawasan yang terpenting dalam ke empat-empat kampung ni walaupun penduduk disini sedikit tapi kawasan ni memang ada kepentingannyalah untuk empat buah kampung Kiau ni..... sabar.... sabar dulu ... nanti kau orang tau jugakannn...
Walaupun begitukan...! yang aku perasan betul dekat kampung inikan sejak aku lahir membesar sampailah aku tua begini ... ada satu perkara yang aku memang tabik hormat dekat semua orang dalam ke empat-empat kampung ni, walaupun penduduknya tinggal berjauhan antara satu kampung kiau dengan kampung kiau yang lain tetapi ... bertemu saja macam satu keluarga bahhhhh... senang hati aku melihatnya ... mudah-mudahan keadaan itu kekal berterusan sampai .... tidak ada berpenghujungnya........ amin..... !!!! Ok ... mari kita pergi periksa kampung yang saya maksudkan ......!
1) Kiau Teburi - Ini memang kampung yang tidak mudah dilupakan kerana kampung ini merupakan kampung pertama yang kita jumpa kalau kita ingin masuk atau hendak melawat sambil tengok-tengok apa ada di kawasan Kiau, ... hahhh... kampung inilah yang anda akan jumpa duluan. Kampung ini dekat je dari jalan besar Kota Kinabalu - Ranau lebih kurang 1 kilometer je bahh, bolehlah jalan kaki dari jalan besar, lagipun jalan raya ke sini udah aspal baik punya. Ini kampungkan kira ramai penduduk jugalah. Saya kira penduduk kampung kat sini 98% orang dusun ada pun bangsa lain datang dari luar hanya mereka yang terkahwin dengan sumandak-sumandak atau tanak wagu yang lawa dan hensome-hensome kat sini... tak caya mari datang ... mana tau kita pun berjodoh kat sini..... kannnn... ! hahaheee ....
Kalau kita terus jalan ikut jalanraya lurus dan menuruni bukit tu kan ... kita akan sampai ke satu lagi kawasan perkampungan orang Kiau. dari Kiau Teburi lebih kurang ada 3 kilometer je ba. Perjalanan ke kawasan ini ada senang sikit kalau jalankaki kerana turun je, tapi kalau naik kereta kalau tidak biasa ikut jalanraya curam, huhhh....! lutut boleh jugalah bergegar tapi sekadar latihan je ...kan.... kan... tapi kalau macam kita orang yang memang orang udah biasa dengan keadaan begini hidup atas bukit tak dee.... masalah macam makan nasi jeeee bahh....hahaa.....hehe .... Nama kampung ni
2) Kampung Kiau - Kiau / Bubukon - Inilah kawasan yang sering kali orang lupa sebutkan kalau ada orang tanya.... maklum ajelah kawasan ni sebenarnya merupakan perkampungan yang dikira terawal orang kiau selepas Rani. Ada kisah sebenarnya yang berlaku disebalik kenapa kawasan ini ditinggalkan dan dibiarkan, kemana orang yang berhijrah ini pergi .....? Penghijrahan oleh penduduk kampung kiau dikatakan berlaku dibeberapa tempat di seluruh sabah nilah.... Sebab tu jangan heran kalau kebanyakan orang yang tinggal di Kampung Batu 10, atau Taginambur Kota Belud tu ada kaitan dengan orang kiau, begitu juga dengan di Pinasang atau Tamu darat ada satu kawasan tu dikenali sebagai Kiau baru, kerana kebanyakan penduduk dekat sana orang dari kiau begitu juga dengan di Keramuak, Telupid..... Sebab tu saya katakan kawasan ini sangat penting kerana disinilah bermulanya sejarah kewujudan kampung Kiau....selain tukan ....kawasan ini merupakan kawasan terletaknya bangunan sekolah rendah tempat anak-anak kita orang Kiau belajar dan menuntut ilmu. Walaupun kawasan ini kawasan sekolah tapi tak banyak rumah yang ada dekat sini yang ada pun guru-guru atau penjaga sekolah....
Ini salah satu gambar sekolah SK Kiau.
Para Pelajar tahun enam mempersembahkan sebuah tarian sumazau sempena Hari Anugerah Pelajar Cemerlang.
Ini pula para pelajar Pra-Sekolah, berlatar belakangkan 2 buah bangunan sekolah iaitu pelajar untuk yang berumur 5 dan 6 tahun.
Sebenarnya ada jugalah rumah orang kampung yang dekat - dekat sekolah ni iaitu di kiau-kiau itupun berapa biji je .... Walaupun kawasan ini kurang orang kerana kebanyakan yang tinggal hanya guru-guru dan pengawal sekolah serta para pelajar, tapi bukan bererti kawasan ini tak selamat .... setiap hari kawasan ini ada je orang lalu lalang dari kampung. Kedudukan sekolah ini betul-betul berada pada pertengahan kampung kiau... Nama je sekolah biasanya sekolah ramai orang tapi dikawasan sini kurang orang tinggal..... boring..... boring....
3) Kiau Temedu - Ini kampung yang ketiga daripada 4 buah kampung yang ada di Kiau. Sejarah awal penempatan kampung ini secara ringkas adalah bermula dari mereka yang telah membuka tanah baru di kawasan ini untuk tujuan pertanian. Oleh sebab jarak perjalanan untuk berulang alik ke rumah di kampung Kiau satu, ketika itu agak jauh dan memenatkan apa lagi laluan yang terpaksa dilalui agak naik bukit, maka kumpulan yang membuka tanah dikawasan ini akhirnya mula membuat rumah secara kecil-kecilan dan kemudiannya menubuhkan satu kawasan perkampungan dengan hanya didiami oleh beberapa buah rumah saja. Dari tahun ke tahun perkampungan ini makin luas dengan jumlah penduduknya juga makin bertambah sesuai dengan wawasan negara kita menjelang 2020 .... hahaheheheee.... Nama kampung ini juga silih berganti hinggalah ke hari ini nama kampung ini telah ditetapkan dengan panggilan Kampung Kiau bersatu didaftarkan di pejabat daerah Kota Belud..... Sekarang kawasan ini bukan saja mempunyai penduduk yang ramai malahan kawasan perkampungan ini bolehlah dikatakan sebagai berkembang mengikut peredaran zaman bukan sahaja dari segi taraf hidup, ekonomi dan kemudahan infrastruktur yang kerajaan berikan.... Satu yang membanggakan kita orang dan tidak boleh dilupakan disini ialah tali persaudaraan antara penduduk Kiau Bersatu dan kampung asal mereka iaitu penduduk kampung Kiau Nuluh masih erat dan kukuh bagaikan aur dengan tebing ....ewwahhhh...! Inilah yang kita mahu kekalkan sepanjang zaman ....
4) Kiau Nuluh - Daripada 4 buah penempatan orang kampung kiau, ini merupakan tempat yang paling jauh, iaitu dari jalan besar lebih kurang 8 kilometer tetapi tempat inilah yang saya hendak promosikan kerana saya sebenarnya tinggal dekat sini.... Kau orang tau tak saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada sekian banyak penduduk kampung yang tinggal disini.... Bukan sahaja penduduk disini hidup dalam aman, rukun dan bersatu tetapi juga masih mengamalkan hidup sebagai satu keluarga dalam erti kata masih mengamalkan sikap tolong-menolong. Walaupun dunia kita sekarang sudah jauh berbeza kerana sudah dizaman teknologi..... selain itu tempat ini mempunyai cuaca yang sungguh nyaman, sejuk dan keindahan pemandangannya juga mengkagumkan. Kedudukan kampung Kiau Nuluh yang berada dikaki gunung Kinabalu atau dipanggil juga sebagai Gayo ngaran oleh masyarakat Dusun membuatkan kampung ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang kebanyakannya dari Australia dan Britain. Kampung Kiau Nuluh menerima pelancong luar setiap minggu melalui agen pelancongan yang berdaftar. Kehadiran pelancong luar ini membuatkan penduduk kampung Kiau Nuluh mengamalkan perinsip kampung bersih rakyat sihat, persekitaran bersih udara pun segar..... Kebanyakan para pelancong yang datang akan bermalam disini sebelum mereka naik kegunung Kinabalu. Mereka akan disambut dengan tarian yang dipersembahkan oleh kanak-kanak yang comel lagi cantik dengan pakaian tradisi dan para pelancong ini pula berkesempatan untuk mencuba menari tarian tradisi bersama dengan kanak-kanak suku kita orang Dusun yang terkenal dengan tarian mengigol atau Sumazau .... Bukan tu saja tapi mereka juga sempat untuk memalu gong yang bunyinya.... wowwww...!!. Nyaring dan siokkkkkknya..... Gong dimainkan sebagai rentak tarian sumazau... sambil sesekali disertakan dengan teriakan ...... Kehoiiiiiiiiiiiii .... Menari tokouuu rumamaiiiii.......!
Kebanyakan penduduk yang tinggal dikampung Kiau bolehlah saya katakan 99% orang dusun beragama kristen. Manakala sumber pendapatan kebanyakan penduduk kampung kiau adalah pertanian. Jenis tanaman yang biasa ditanam disini adalah pokok getah, sayur-sayuran dan yang paling meluas ditanam disini ialah Padi dan juga Nenas. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kalau di kota belud mungkin juga disabah kampung Kiau merupakan pengeluar nenas yang terbesar ......Wahhh....wah... wah ... hebatnya Kampung ku ini. Ada juga yang bekerja makan gaji dengan kerajaan dan swasta.
He… he...... Cantiknya pemandangan kampung aku kannn atas bukit dekat dengan gunung Kinabalu pula tu..... ha.. ha.. ha... aku emang bangga jadi penduduk mamasok disini ... . hehehehe... emmm... best ker kampung saya ni... hahaha... perasan lah ko ni ... hahaha... Orang lain punya kampung lagi best laa... tapi saya lagi suka sini bab... i belong here... that d only reason... hahaha.... apa apa jak lah... hehehe...
Apa ingin saya kongsi bersama dengan kita orang semua adalah kalau dulu jalan raya kita orang agak menyedihkan sempit dan banyak lubang bila hujan saja turun air biasanya akan mengalir diatas permukaan jalanraya bukannya ada parit, tapi tidak diselanggara dengan baik oleh pihak yang berkenaan, pabila datang buat kerja ... sorou poh la...yang penting gaji jalan , fikir-fikir betullah kata orang kampung " ... Jangan Kerja Rajin... " pun gaji jalan juga. .... Gaji buta maksudnya tak melihat kesengsaraan orang lain yang penting periuk belanga aku berasap hujung bulan cukupppp....!!! tapi sekarang ini jalan raya yang menjadi penghubung kita dengan dunia luar bertukar sekelip mata..... Hoohhhh... Inilah yang kita rakyat mahukan kerajaan kita melihat dengan dua mata masalah rakyat dengan mengamalkan slogan 1 malaysia Rakyat didahulukan, sesuai untuk dilaksanakan lebih-lbih lagi menjelang PRU Umum yang tidak lama lagi untuk memenangi hati rakyat .... Lihatlah kerja-kerja menaiktaraf jalanraya sedang rancak dijalankan.....!!!
He..he... ni jambatan yang menyeberangi sungai kedamaian kira baru lagilah.. dekat dengan Sk Kiau ...he ..he... Ni, aku ada campur tangan jugak ni... time konkriting ... hahaha...... boring.... boring, aku selalu juga lepak sini... bila balik kerja aku berhenti disini berehat borak-borak dengan skuriti sk yang emangnya kawan sejak lama dulu... hehaaa ... sambil tunggu kereta lalu pastu pungut tol... hahaha... ingat highway ker main tol-tol.. adeiiiii.... tu pun percaya... hahaha...
Saya sangat suka dengan kampung kamu. Harap satu hari nanti saya berpeluang untuk melawat kampung kamu- shanafiah@yahoo.com
ReplyDelete25hb -27hb November 2012 saya telah berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kiau Nuluh. Memang kampung kamu cantik, penduduknya berbudi bahasa. hehehe akhirnya sampai juga saya dikampung kamu.
ReplyDeletesaya ingin tanya adakah orang kiau pernah ada cerita tentang seorang lelaki bernama Aki Japal yg pernah kawin dgn orang kiau. Mula2 aki japal berjual dgn memasuki sg tampasuk.. selepas itu dia masuk sungai kadamazan lalu terkawin di kiau.
ReplyDeleteini cerita adalah berlaku sekitar kira2 1600 tahun masehi
kisah Aki Japal anak Aki Japain
kalo ada yg tahu just email saya: jjjlking@yahoo.com
Saya sungguh jeles dengan kenyamanan kampung kamu. Saya sedang membuat projek akhir yang berkaitan manfaat pelancongan di Kampung Kiau terhadap pembangunan Taman Kinabalu . Tapi xsangka ada 4 kampung semuanya. Saya harap kamu sudi berkongsi pasal kampung kamu dengan lebih mendalam lagi. Jika sudi, tolong email saya di camaleyananasra@gmail.com ASAP :) Terima kasih ya
ReplyDeletePoingka tompinai 👍,
ReplyDeletesaya perna masuk kampung sana time 2002 gitu... mau p kawin kawan bah tu tapi x sampai terstuck kereta sy, ngam2 time hujan bah... hehe nanti sy mau cari masa lagi masuk kg. thanks sharing
ReplyDeleteKampung Kiau Nuluh memang istimewa. Apatah lagi terpilih sebagai salah satu tapak budaya kampung tradisi Kinabalu Geopark yang bakal dinilai sebagai UNESCO Global Geopark pada hujung tahun ini. Sejarah bermulanya malim gunung yang bermula dari Kampung Kiau dan Kg Bundu Tuhan sudah hampir 100 tahun lamanya. Semoga saya dapat melawat untuk menikmati pemandangan indah dan cuaca dingin nyaman serta budaya yang kaya.
ReplyDelete